Wanita Yang Bertubuh Pendek Lebih Mudah Tarik Perhatian Jejaka? Tak Payah Bimbanglah Pasal Hubungan.

 

Memiliki bentuk tubuh badan yang tidak begitu tinggi ini mungkin kadang kala akan membuat seseorang wanita kurang berkeyakinan. Mana tidaknya, mereka ini perlu menggunakan kasut tumit tinggi untuk memastikan dirinya lebih berkeyakinan malah lebih berelegen.

Rasanya ramai yang sudah tahu akan kelebihan wanita yang memiliki tubuh badan yang kurang tinggi ini, tetapi di dalam perhubungan, ramai yang kurang pasti akan diri mereka sendiri. Apa yang sering diutarakan oleh ramai orang adalah wanita ini akan kelihatan comel serta awet muda, malah anda juga jangan bimbang dalam mencari jodoh.



Ini antara kelebihan wanita yang tidak berapa tinggi dalam mencari jodoh;

1. Disukai lelaki tidak berapa tinggi.

Mudah nak dilihat, lelaki yang tidak berapa nak tinggi juga kan menyukai wanita yang bertubuh pendek ini. Mana tidaknya, dirinya mudah dan selesa jika digandingan dengan wanita seperti ini. Malah dia juga tidak akan rasa ada jurang jika bersama wanita seperti ini.



2. Disukai lelaki tinggi.

Bukan lelaki pendek sahaja yang menyukai anda, malah lelaki tinggi juga akan menyukai anda kerana merasakan anda dan dirinya menjadi pasangan yang sepadan. Sangat beruntung bagi anda kerana, lelaki yang bertubuh tinggi ini menjadi keinginan para wanita yang lain, tapi anda mudah untuk menjadi calon pilihan lelaki tinggi.

3. Mudah untuk dibuli.

Ada sebab lain mengapa lelaki menyukai wanita seperti anda, ini kerana mereka merasakan anda begitu comel dan mudah dibuli. Nak-nak lagi bila selepas kahwin, bila anda marah atau merajuk tentu dirinya akan meletakkan sesuatu di tempat tinggi agar anda meminta bantuannya. Haa… nampak sweet bukan?



4. Lelaki menganggap anda lincah.

Mudah untuk mengendalikan wanita yang bertubuh ini kerana, ramai lelaki menganggap wanita seperti ini sedikit lincah. Jadi tidak susah sekiranya teman lelaki anda mengajak anda untuk melakukan aktiviti luar. Ini kerana biasanya, wanita seperti ini tidak takut bahaya.

5. Mudah diingati.

Tentu sahaja tidak ramai memiliki tubuh yang comel seperti anda, jadi lelaki-lelaki yang melihat anda tentu sahaja mudah mengenali anda dengan sekali lihat. Malah dengan sekali lihat juga mampu membuat dirinya jatuh cinta terhadap anda.

Jangan rendah diri jika anda memiliki tubuh badan seperti ini, mungkin anda tidak mampu menjadi model di pentas peragaan tetapi mampu menjadi model di hati pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen