Kita Kawan Sampai Kawin, Okay?

 

Biasanya jarang kita dengar lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik tanpa ada perasaan cinta antara satu sama lain. Selalunya salah seorang pasti akan terbit perasaan sayang yang lebih daripada seorang kawan. Namun itu adalah lumrah sebagai seorang yang mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap pasangan yang berlainan jantina.



Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kita yang benar-benar menggunakan ‘cara’ ini. Yakni berkawan baik walaupun tahu masing-masing mempunyai perasaan lebih daripada seorang kawan. Namun mereka lebih memilih untuk berhubungan seperti ini untuk mengelakkan daripada terikat dengan sesuatu hubungan cinta. Maksudnya jika sebagai kawan sahaja, mereka masih boleh bergurau senda sepeti orang lain, masih boleh bercakap menggunakan panggilan yang kasar. Jika sudah declare sebagai pasangan kekasih, biasanya smuanya terbatas, bergurau tidak sama seperti berkawan dahulu.



Hubungan yang sebegini adalah lebih baik di samping mengelakkan mana-mana antara mereka mengongkong pergaulan pasangan. Jika sebagai kawan, mereka tidak ada hak untuk mengongkong pasangan berkawan dengan siapapun. Namun di dalam hati sememangnya tidak pernah terdetik untuk mencari orang lain, sudah ada ‘sahabat’ istimewa yang bertahta di tempat tertinggi dihatinya. Kebiasaannya rakan-rakan di sekeliling mereka juga akan merasakan ada sesuatu antara mereka, dek keakraban yang luar biasa, meski mereka tidak pernah mengaku.



Walau hanya bergelar sahabat baik yang istimewa, namun di fasa akhir persahabatan mereka pastinya terbit perasaan ingin meluahkan perasaan, namun bimbang jika cinta bertepuk sebelah tangan sahaja. Jika waktu itu berada di university dan sudah masuk ke semester akhir, jika tidak diluahkan bimbang nani terlepas dan menyesal. Mungkin selepas ini sudah tidak akan jumpa lagi selepas masing-masing membawa diri dan bekerjaya.

Sekurang-kurangnya luahkan sedikit sebelum nasi menjadi bubur. Contohnya pada hari konvokesyen, cari masa terluang sekejap untuk menyatakan apa yang terpendam dihati. Meski hanya mampu berkata “Kita kawan sampai kawin,okay?”.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,981 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen