Bawa Isteri Lari Dari Rumah Kalau Nampak Dia Tak Rehat Satu Hari, Suami Kena Bijak Tangani Stress Isteri.

 

Orang perempuan ini bila dia dah jadi isteri, dia memang tak reti diam malah tak tahu macam mana nak tinggalkan rumah dalam keadaan tak terurus. Nak-nak lagi kalau mereka ini suri rumahtangga sepenuh masa, memang itu sahajalah kerjanya.

Tak pernah mengeluh malah tak pernah menyuarakan bahawa dirinya penat, seorang ibu dan isteri sentiasa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Kalau boleh nak jadi sempurna buat anak dan suami malah nak bagi orang yang paling disayangi ini rasa selesa berada di rumah.



Tapi sebagai seorang suami, tak akan tak ada sedikit pun rasa kasihan pada isteri yang tak berhenti menguruskan rumahtangga dari siang hingga ke malam. Anda yang berkerja pun sudah pulang tetapi tugasnya masih lagi berjalan, itu belum lagi jika isteri anda berkerja. Cuba bayangkan betapa penatnya mereka ini.

Ramai suami tak perasan, bila anda keluar bersama pasangan itulah sebenarnya waktu rehat buat dirinya. Jom ikuti perkongsian ini.



"Ayang, esok je la buat..."

Kaum isteri ni, tak boleh disuruh sambung buat keje rumah esok hari sebab dia tak boleh dduk jika nmpk rumah bersepah, kain baju penuh bakul, mainan anak berterabur, pinggan mangkuk bersusun di sinki, sampah tak buang lagi dan sebagainya...

Hatta dia dah duduk berehat tengok TV sekalipun, dia boleh tiba-tiba bangun dan cari penyapu, pegang mop, ambik kain buruk bila mana dia ternampak sesuatu yang masih tak bersih, tak kemas dan perlu untuk dikemaskan...

Dia tak tunggu esok hari untuk buat...

Ini bukan sejenis sindrom atau anxiety disorder...dia tak sakit, dia takde penyakit, dia cuma takboleh biar keadaan rumah mcm tu walaupun dia tahu dalam 5 ke 10 minit nanti, rumah pasti akan bersepah kembali sebab ada anak-anak...dan dia akan ulangi mengemas semula...over n over again...

Macam tu la sifat dan tingkah laku seorang wanita dalam rumahtangga bila dah jadi isteri dan mak-mak ni...kita yang jadi suami, rasa semakkan bila kita suruh rehat dia taknak rehat, still buat keje dan keje-keje tu pulak nampak macam tak penah habis baginya...

No worries...

Tolong ringankan beban dia, tolong dia buat keje-keja tu...bila dia d h "nampak" macam takde keje, terus ajak dia keluar jalan-jalan di taman, shopping kompleks, bawak p pasar malam atau makan kat luar...
"Larikan" dia dari rumah...

Ini adalah masa yang dia betul-betul akan gunakan untuk "berehat"...dia perlu tinggalkan rumah untuk berehat...jika dia masih didalam rumah, maka tiada rehat bagi diri seorang isteri dan juga ibu...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,567 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen