Pernikahan Itu Bukan Perlumbaan, Cuba Ubah Sikit Mindset Kita Ini.

 

Bila sebut akan pernikahan atau perkahwinan, tentu sahaja ramai yang akan bersorak keriangan. Mana tidaknya, perkahwinan ini adalah satu majlis yang hebat malah ia penuh meriah. Tak hanya itu sahaja, pasangan yang bakal menjadi suami isteri juga tentu sahaja akan berasa teruja dan gembira.

Bila sebut pasal kahwin, pasal nikah ini memang seronok kerana ia menghalalkan hubungan antara dua orang. Bahkan bakal pengantin itu sendiri akan seronok kerana hubungan cintanya telah membuahkan hasil.



Bagi orang-orang biasa, tentu sahaja menganggap bahawa perkahwinan ini hanya sekadar meraikan mempelai, bahkan ada juga bakal pengantin menganggap bahawa majlis perkahwin ini sekadar memberitahu orang ramai akan hubungan halalnya.

Namun sebenarnya banyak perkara bakal pengantin kena faham, perkahwinan itu bukan sekadar memberitahu orang ramai akan hubungan kalian sudah halal tetapi;



1. Permulaan hidup baru yang lebih panjang.

Pada hari itu, detik itu, ialah satu permulaan hidup baru yang panjang buat kedua-dua pasangan. Pernikahan hanya sekali semumur hidup namun jangan pula kerana ia berlaku semual jadi pada masa itulah anda ingin menghabiskan segala-galanya.

Majlis yang gilang gemilang hingga membazir, malah aurat dan solat yang tidak dijaga hanya kerana tidak mahu majlis tertanggung atau terlewat. Banyak yang anda gadaikan pada hari pertama bergelar suami isteri tanpa sedar.

2. Pernikahan bukan perlumbaan.

Perkahwinan ini bukan satu perlumbaan atau persaingan di antara kalian. Tiada siapa yang akan menilai siapa punya majlis lagi hebat, persiapan siapa yang lagi segera ataupun pasangan mana yang good looking.

Hanya anda yang timbulkan perbandingan dan pertanyaan dalam diri sendiri sedangkan tiada siapa pun yang perduli bagaimana majlis itu berlangsung. Mungkin orang akan berkata untuk sehari dua selepas itu mereka pun melupakannya. Tapi jika anda yang beria dan menghabiskan pelbagai wang tentu makan tahun juga nak baik pulih.



3. Bukan hanya mempelai sahaja yang penting.

Selalunya bila tak ada pengantin, majlis tak akan jadi malah jika tiada persandingan majlis juga tak meriah. Sedangkan yang lebih penting adalah tetamu yang akan hadir, mereka ini yang akan memeriahkan majlis malah mendoakan kedua pasangan yang baru menjadi suami isteri. Jika lebih muliakan tetamu tentu sahaja hubungan akan lebih berkat malah kalian juga akan mendapat doa dari ramai orang.

4. Pernikahan itu adalah persiapan majlis dan juga orang yang lebih bertanggungjawab.

Bukan sekadar tertumu pada majlis sahaja, tetapi pernikahan ini sebenarnya adalah persiapan untuk kita bersedia menggalas tanggungjawab dan menjadi seoranag suami isteri yang mecari keredhaan Allah. Tapi apa yang terjadi sekarang ini, ia hanya sekadar persiapan untuk mereka mendirikan majlis sahaja bukan untuk persiapan seterusnya.

Banyak perkara yang anda kena ubah berkaitan dengan perkahwinan dan pernikahan ini. Jangan anggap ia biasa malah jangan terikat dengan adat dan sekeliling. Tapi apa niat sebenar perkahwinan yang dibina itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen