"Kalau Boleh Jodoh Saya Macam Mak Atau Ayah" Ini Sebab Kenapa Orang Mahukan Pasangan Seperti Ibu Bapa Mereka.

 

Apabila bercakap mengenai jodoh ini tentu sahaja akan ada yang mula terbayang akan ciri-ciri pasangan dirinya. Nak yang tinggi, nak yang handsome, nak yang kaya dan pelbagai lagi ciri yang kadang kala tak masuk akan untuk dijadikan ciri-ciri. Ada juga yang inginkan pasangan mereka itu sama seperti ibu bapa mereka, terutama kaum wanita.



Anak-anak gadis yang manja dengan ibu bapa mereka ini tentu sahaja akan meletakkan ciri bapa mereka sebagai pasangan atau suami mereka kelak. Tidak kiralah ia ada persamaan dengan fizikal ataupun sifat bapanya itu.



Kenapa nak cari pasangan hidup sama seperti ibu bapa?

Banyak kajian menunjukkan bahawa kecenderungan mereka mencari pasangan seperti ibu bapa mereka adalah kerana merasakan kasih sayang yang mendalam antara kedua mereka ini. Jika yang lelaki mahukan pasangan seperti ibunya, yang wanita pula mahukan pasangan seperti bapanya.

Ini kerana, bagi orang lelaki ibu mereka mampu menjaga mereka dengan baik malah menyayangi sepenuh hatinya. Manakala bagi orang perempuan pula, kenapa meletakkan ayah sebagai ciri pasangan? Ini kerana, mereka merasakan bahawa apabila bersama dengan bapa mereka, mereka rasa lebih selamat dan dilindungi.



Mengapa perkara ini terjadi?

Ini kerana didikan dan asuhan ibu bapa menyebabkan ia mempengaruhi pola pemikiran anak-anak dalam hubungan kasih sayang. Apabila anda merasakan kebahagiaan itu, anda mahu kekalan perkara tersebut selamanya.

Sekiranya anda membuat pilihan untuk mencari pasangan yang sama dengan ciri-ciri ibu bapa anda, anda seharusnya memikirkan juga dalah tujuan, matlamat, gaya pemikiran pasangan anda itu sama dengan mereka. Mungkin kalau dari sikap dan sifat itu boleh dicari yang sama, namun pendirian hidup sudah tentu berbeza.

Apa yang paling penting adalah anda yang akan menjalinkan hubungan tersebut, jadi perlu ada kasih sayang, mempercayai, setia dan pelbagai lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen