Berhias Itu Tidak Salah, Tapi Jangan Pula Sampai Melanggar Perintah Allah.

 

Berhias dan kelihatan cantik itu sememangnya satu fitrah manusia. Siapa sahaja yang tidak sukakan kecantikan walaupun dari segi luaran manusia itu sememangnya sudah cantik dan sempurna diciptakan oleh Allah.

Sungguh Islam adalah agama yang sempurna. Islam tidak sepenuhnya melarang seorang wanita untuk berhias, justru Islam mengajarkan cara berhias yang baik tanpa harus merugikan, apalagi merendahkan martabat seorang wanita.

“Wahai anak cucu adam! Pakailah pakaianmu yan bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebihan.” (Qs. Al-Araf : 31).

Dari ayat di atas, diperbolehkannya untuk berhias. Namun tidak boleh berlebihan, karena Allah SWT tidak menyukai sesuatu yang berlebihan.



Dalam Islam, terdapat istilah tabarruj artinya sesuatu yang terang atau tampak. Jika ditarik dari penggunaannya, tabarruj berarti berlebihan dalam menampakkan perhiasan atau kecantikan.

Yang kita tahu bahawa wanita perlu menutup aurat dari hujung rambut hingga ke kakinya melainakan wajah dan kedua belah tapak tangannya.

Seperti yang kita ketahui, dalam agama Islam kecantikan wanita hanyalah untuk suaminya. Adalah dilarang berhias dan mencantikan diri demi tatapan lelaki yang bukan suaminya.



Bentuk-Bentuk Tabarruj yang Dilarang

Islam memiliki etika berhias dan menghindari tabarruj. Lantas, seperti apakah bentuk tabarruj yang dilarang? Berikut bentuk-bentuk tabarruj yang dilarang agar kita dapat menghindarinya.

1. Memakai tudung yang tidak labuh.

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Qs. Al-Ahzab : 59).

Namun begitu, pada ketika ini sudah ramai orang yang memakai tudung mengikut fesyen sehingga terlupa akan ajaran agama Islam. Malah ramai sahaja wanita-wanita yang memakai tudung tetapi tidak menutup apa yang patut.

2. Pakaian yang nipis dan jarang

Kita disarankan untuk menutup aurat bukan sekadar menutup sahaja tetapi perlu mengenakan pakaian yang longgar serta tidak memperlihatkan bentuk tubuh badan si pemakai. Jangan sekadar memakai sesuatu yang tertutup sedangkan masih jelas lagi bentuk badan yang dipamerkan.



3. Tudung sekadar hiasan.

Tidak menggunakan tudung dengan betul malah hanya sekadar perhiasan sahaja. Ini kerana, mereka yang memakai tudung sekadar perhiasan ini kerana merasakan bahawa mereka ini lebih cantik apabila memakainya dan membuat lelaki terpikat dengan keadaan itu.

4. Memakai bau-bauan yang berlebihan

Ini adalah satu perbuatan yang biasa para wanita di zaman modern ini. Mereka memakai parfum saat keluar rumah sehingga baunya tercium oleh kaum laki-laki yang bukan mahramnya. Akhirnya laki-laki menjadi tertarik dan tergoda.

Ternyata tindakan ini sama halnya dengan zina. Bahkan Rasulullah SAW menyebut wanita yang memakai parfum saat keluar rumah sehingga laki-laki lain mencium baunya dengan sebutan wanita penzina. Rasulullah SAW bersabda,

“Wanita mana saja yang memakai parfum lalu melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau parfum itu maka perempuan itu telah berzina.” (HR. Ahmad).

Nak berhias nak kelihatan cantik itu tidak salah, tetapi kena tahu caranya dan tidak menyalahi di agama. Sebagai orang Islam kita patut memathui segala larangnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen