Nak Cari Jodoh Itu Sama Macam Nak cari Kasut, Nak Yang Sedap & Selesa Dipakai, Bukan Melukakan.

 

Bimbang, risau dan takut sekiranya kita tidak bertemu jodoh dan menjadi single selama-lamanya. Tentu sahaja bukan, ini adalah sifat setiap manusia yang ingin berkahwin dan membina keluarga bahagia. Namun, nak mencari jodoh ini bukan satu perkara yang mudah. Kadang dah berusaha pun masih tak jumpa-jumpa lagi.



Bila lihat rakan-rakan sekeliling ramai yang dah naik pelamin, ramai yang dah memiliki anak-anak tapi jangan bimbang perkara ini sememamg akan dirasai sesiapa sahaja yang masih belum jumpa pasangan hati.

Bukan hanya anda seorang sahaja yang masih belum jumpa pasangan yang sejati, ramai sahaja yang masih belum berpeluang untuk menikmati hidup dalam berumahtangga ini, namun jangan pula kerana perkara sebegini kita terburu-buru mencari pasangan, hingga berniat, “asalkan aku aku kahwin sudah mencukupi”.



Dalam mencari jodoh ini, sama seperti mencari kasut yang akan digunakan dalam rutin harian. Ada kasut yang begitu selesa, ada juga yang nampak lawa luarannya tapi bila pakai terasa sakit di kaki.

Sama dengan mencari pasangan, bila kita terburu-buru dan sekadar melihat luarannya sahaja belum tentu di dalamnya akan selesa dan tidak menyakitkan tapi kalau teliti dan tidak terburu dalam memilih tentu akan jumpa yang selesa dan tidak menyakitkan.

Jangan terburu-buru dalam mencari pasangan, nak-nak lagi kalau terdapat banyak pilihan. Bahkan jangan juga mudah meletakkan harapan kalau sudah tahu bahawa diri ini sekadar pilihan belum tentu menjadi yang terakhir.



Ada orang sanggup membutakan mata kerana sudah jatuh cinta dan merasai bertapa pentingnya orang yang menjadi pilihannya itu sedangkan, itu belum lagi menjamin sebuah kebahagiaan selepas kahwin nanti.

Ada juga yang sanggup merendahkan maruahnya dalam mengejar seseorang hanya keraan dirinya suka terhadap orang tersebut bukannya orang tersebut menyukai dirinya. Bahkan kerana dirinya telah diberi layanan yang baik, maka mereka ingat itulah jodoh yang terbaik.



Sedangkan jika dia itu jodoh terbaik, dia membawa kebaikan buat diri anda. Mengajak melakukan kebaikan malah mendekatkan diri anda dengan kebaikan. Bukannya dengan melakukan perkara yang menyakiti, menjatuhkan maruah serta air muka.

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, dalam mecari jodoh ini cari seperti kasut yang kita selesa dan nak pakai lama. Bukan sekadar cantik di luar tetapi di dalamnya sekali.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen