5 Ciri Calon Suami Yang Menjadi Idaman Setiap Wanita, Anda Ada Salah Satu Dari Ini?

 

Bila bercakap akan suami idaman, yang mana agak-agaknya akan menjadi keutaman pada gadis dalam mencari pasangan. Bukan sekadar kewangan mahupun rupa paras sahaja, tetapi gadis yang benar-benar matang akan mencari calon suami yang betul-betul menjadi idaman semua gadis.

Dari segi luaran dan dalamnya tentu sahaja akan memainkan satu peranan yang penting dalam alam rumahtangga serta memberi keselesaan buat si gadis.



Masa bercinta dan juga menjadi seorang suami sudah tentulah ia satu perkara yang berbeza. Kalau masa bercinta, rupa paras, kewangan serta caring loving ini akan memainkan peranan penting, tapi selepas berkahwin seorang gadis mahukan lebih lagi dari pasangannya.

Apa yang sering menjadi idaman para gadis terhadap jejaka idaman mereka?



1. Beragama.

Ini adalah perkara yang paling utama dan paling penting sebenarnya. Mana-mana wanita mahukan dirinya dibimbing ke jalan syurga yang sememangnya menjadi idaman semua umat Islam. Jadi apabila memiliki suami yang tahu sedikit sebanyak mengenai agama ini, tentu sahaja mudah untuk dirinya mendekati Allah. Itu pentingnya suami yang beragama.

2. Setia.

Hubungan tidak akan ada pihak ketiga sekiranya kedua-duanya setia. Ini juga merupakan ciri suami idaman para gadis. Mana tidaknya selepas berkahwin nanti, isteri mungkin sudah tidak secantik dahulu malah layanan tidak semanja masa bercinta mungkin akan menyebabkan seseorang lelaki itu menandang orang lain. Namun jika lelaki tersebut memiliki kesetiaan yang tinggi, kehadiran orang ketiga tidak akan terjadi.

3. Bertanggungjawab.

Mana-mana lelaki yang mempunyai sifat bertanggungjawab ini adalah satu pilihan yang terbaik, di mana dia tahu akan apa yang perlu dilakukan terhadap isteri, anak-anak serta ibu bapa mereka. Walaupun tidak memiliki wang yang stabil ataupun kaya tetapi lelaki yang bertanggungjawab akan berusaha keras untuk memastikan anak-anak dan isteri mereka ini terjaga dengan baik.



4. Bertolak ansur.

Jika seseorang lelaki yang mementingkan ego sahaja tentu akan sesuai untuk masa bercinta tetapi jika seorang lelaki yang tahu bertolak ansur tentu mereka ini sesuai untuk dijadikan suami. Dia tahu apabila isterinya penat, dia akan mengambil alih peranan isterinya. Dia tahu bila isterinya merajuk kerana marah dirinya dia akan mengalah dan memujuk. Ini yang ramai isteri-isteri mahukan dalam hubungan suami isteri.

5. Good looking.

Bukan keutamaan tetapi merupakan satu bonus jika seorang wanita memiliki suami seperti ini. Tidak minta banyak tetapi cukup sekiranya suaminya itu sesuai dengan pemandangan matanya, iaitu tidak terlalu kacak atau sebaliknya. Tetapi jika memiliki suami yang kacak tentu sahaja menjadi satu kebahagiaan buat si isteri.

Wanita yang lebih matang sebenarnya akan memandang perkara ini terlebih dahulu berbanding kewangan mahupun latar belakang keluarga. Ini kerana, sifat individu itu lebih mencerminkan bagaimana dirinya serta keluarganya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,521 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen