Jangan Mengharapkan 3 Perkara Ini Dari Seorang Isteri, Jika Kita Suami Pun Tak Rela Berkorban Buat Isteri.

 

Bila sudah lama berkahwin ini, sudah tentu hubungan tidak lagi seromantik dahulu. Kalau dulu, nak makan pun berteman kini, boleh je ambil makan sendiri dan makan bersendirian. Kalau dulu nak pasangan berkepit di sebelah, kini tak kalau tonton tv bersendirian pun tak apa.

Inilah yang akan terjadi jika antara suami isteri tidak lagi bercinta selepas berkahwin. Apa yang ada hanya sekadar satu ikatan dan juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang suami ataupun isteri, tapi kasih sayang sudah ke mana pun tak tahu.



Dalam rumah tangga, jangan berhenti bercinta selepas kahwin, kalau boleh teruskan bercinta untuk selama-lamanya, barulah hubungan suami isteri itu akan lebih erat dan bahagia antara satu sama lain.

Akan tetapi pada masa yang sama, seorang suami jangan mengharapkan lebih pada isterinya.



Selepas lama berkahwin, suami makin selesa akan tetapi isteri pula akan semakin serabut dalam menguruskan rumah tangga dan suaminya. Bila dah lama kahwin ini suami-suami jangan minta 3 perkara ini dari isteri, antaranya;

1. Manusia itu tidak pernah sempurna walaupun dari luaran ia begitu sempurna, tapi setelah mengenalinya ia banyak kekurangannya. Sama juga dengan isteri, masa bercinta dengannya dulu penuh dengan kesempurnaan, tetapi selepas lama berkahwin baru anda nampak betapa banyaknya kurang isteri ini.

Begitu juga dengan suami, dari luar ia kelihatan sebagai suami yang sempurna tetapi di dalamnya hanya isteri sahaja yang tahu kekurangannya. Jadi jangan mengharapkan isteri yang sempurna kalau diri sendiri pun penuh dengan kekurangan.

2. Isteri ini sentiasa sibuk menjaga anak-anak serta makan pakai suami, sampai kadang kala mereka ini mengabaikan penampilan mereka. Namun suami tidak nampak akan semua itu, yang dia tahu adalah isteri perlu cantik luar dan dalam.

Jika anda melihat isteri-isteri lain menjaga penampilannya dengan baik serta masih kekal kecantikannya di saat bercinta, cuba lihat suaminya pula. Berapa banyak wang yang telah dihabiskan suami untuk menjaga penampilan dan kecantikan isterinya itu. Kalau anda mampu, anda juga mampu memiliki isteri yang diidamkan.

3. Hati sesiapa pun akan remuk dan hancur apabila dirinya dibanding-badingkan tanpa melihat kelebihan yang dimiliki. Sebagai seorang suami, jangan sesekali membandingkan apa yang kurang oleh isteri kita, tetapi lebih baik menghargai dengan apa yang hebatnya mereka itu.

Kadang kita melihat apa yang hebatnya orang lain itu kerana dibantu oleh pasangan mereka, sedangkan anda hanya melihat kesenangannya sahaja tanpa melihat apa pengorbanan yang telah dilakukan.

Isteri itu adalah pelengkap suami, malah dia juga adalah cerminan suaminya. Bagaimana isteri itu, begitulah suaminya. Jadi apabila hendak berkata atau meminta satu perkara cuba lihat apa yang telah dilakukan suami buat isteri itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen