Kalau Takut Berat Badan Naik Dengan Mendadak Jangan Lakukan Ini, Terutama Bakal Pengantin.

 

Bila dah penat-penat diet tentu sahaja anda nak jaga badan anda terus cantik sehingga naik pelamin bukan. Selalunya kita anggap bahawa tidak menjaga pemakanan menjadi punca mengapa berat badan akan naik mendadak.

Ramai yang tidak tahu 5 perkara ini berisiko untuk berat badan naik dengan mendadak.



Ini 5 perbuatan tersebut.

1. Tidur terlalu lama.

Tidur yang sihat adalah selama 7-8 jam sehari sahaja, tetapi jika anda tidur selama 10 jam sehari ia mampu menaikkan berat badan anda. Ini kerana ia akan merosak metabolisma tubuh badan. Hati-hati yang suka tidur lama itu.

2. Tidak ambil sarapan

Ramai di antara kita mudah pandang sambil lewa sahaja bab pengambilan sarapan ini, sedangkan ia membantu tubuh untuk kurus. Jadi, apa kata ambil hidangan yang berat ketika waktu sarapan agar waktu makan lain anda boleh skip atau ambil sesuatu yang ringan.

3. Malas timbang berat badan.

Takut jarum timbang berhenti di mana membuat orang tidak menimbang berat badan mereka setiap hari, sedangkan ia bagus untuk ketahui berapa berat badan yang sebenar. Malah ia lebih sesuai digunakan pada waktu pagi.

4. Tak kemas tempat tidur.

Menurut hasil kajian National Sleep Foundation di Amerika, tempat tidur yang rapi dan bersih akan menjadikan tidur lebih berkualiti, malah ia akan membuatkan peratus seseorang diserang obesiti lebih rendah. Ini kerana, orang yang rajin biasanya akan memiliki disiplin dan gaya hidup yang teratur.

5. Tidak suka cahaya matahari.

Sepatutnya selepas bangun tidur, anda patut lebih cergas dan bertenaga, malah tidak lupa bersenam. Tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu terkena cahaya, mungkin ia akan membuat anda lemah tak bermaya.

Menurut kajian, orang yang terkena cahaya matahari di waktu pagi lebih cenderung untuk miliki BMI yang rendah. Berjemur di bawah matahari mampu dapatkan BMI yang stabil buat diri anda.

Jangan pandang remeh kalau nak dapatkan berat badan yang cantik!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen