Bakal Suami, Ini Nasihat Dari Seorang Suami Yang Patut Anda Hadam.

 

Nak jadi seorang suami yang baik ini bukanlah satu perkara yang mudah, nak-nak lagi perlu memikul tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan membimbing anak-anak serta isteri. Tak hanya itu sahaja, malah suami juga perlu menjadi anak yang baik buat ibu bapa mereka.

Bahkan seorang suami juga mempunyai ego yang kadang kala mereka sendiri sukar untuk mengawalnya dengan baik apabila berhadapan dengan orang ramai, isteri serta rakan-rakannya. Bukan mudah nak buat semua itu apabila ia melibatkan maruah serta air muka dirinya sendiri.



Apa pun perangai dan sikap suami itu mudah sekali untuk diterima seorang isteri, walaupun egonya setinggi gunung tapi tetapi sahaja isteri terima dengan hati terbuka, jadi ini nasihat berguna dari suami, Akhtar Syamir kepada suami yang lain.

Nasihat buat suami.

Suami. Berhentilah main game tu. Keluarga kamu menagih masa denganmu.

Suami. Baliklah dari melepak lama bersama kawanmu. Temani isteri kamu pula.

Suami. Pandanglah alihkan pandangan dari telefonmu ketika isteri sedang bercakap dengan kamu.


Suami. Berhentilah berkongsi gambar perempuan lain di group Whatsapp. Isteri kamu rasa terhina.


Suami. Belanjalah isteri kamu di Watsons atau Guardian sekali-sekala.


Suami. Janganlah memukul dan menengking isterimu. Dia manusia, bukan binatang peliharaan kamu.




Suami. Anak-anak kamu rela tak makan dan simpan duit belanja sekolah untuk beli masa dengan kamu.


Suami. Isteri kamu penat setiap hari buat kerja rumah.


Suami. Curang itu bukan tiket untuk poligami.


Suami. Isteri kamu tidak menarik kerana kamu tidak menjaga dia.


Suami. Berhentilah merokok. Kamu sedang membunuh keluarga kamu.


Suami. Selepas kahwin, carilah rumah untuk keluarga kamu sendiri. Tak kiralah sewa atau beli.


Suami. Jika mahu gembira, gembirakan isterimu.


Suami. Jadilah Imam buat isteri dan anakmu.




Suami. Sekali sekala, pujilah isterimu. Dia buat semuanya untuk kamu.


Suami. Kadang-kala isteri kamu perlukan ME TIME.


Suami. Ambil tahu mengenai minat dan hobi isteri.


Suami. Janganlah kamu jauhkan isteri dari keluarganya.


Suami. Jangan sekali-kali memukul isterimu.


Ini nasihat saya kepada para suami. Semoga bermanfaat. Kongsikan nasihat ini. Jika ada lagi yang mahu ditambah, kongsikan di komen.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen