Jangan Mengeluh Kalau Dapat Pasangan Bukan Macam Impian Kita, Ada Hikmah Besar Kepada Dia Beri Bukan Ikut Kemahuan HambaNya.

 

Kalau boleh setiap orang tentu sahaja inginkan jodoh seperti yang diharapkan. Orangnya yang baik, bertanggungjawab serta bertolak ansur, namun begitu, tidak semua perkara yang kita inginkan itu akan diperolehi.

Ini kerana, setiap yang kita mahukan itu belum tentu baik buat diri kita, malah kadang kala ia boleh menjadi asbab atau penyebab.



Macam perkongsian dari Abu Hurairah Asifa ini sememangnya membuatkan kita faham dan bersyukur mengapa kita perolehi pasangan yang bukan seperti kita mahukan.

Tuhan beri pasangan pada kita ni, bukan ikut selera kita.

Bukan ikut suka kita.

Bukan ikut kemahuan kita.

Tuhan bagi pasangan ni ikut nafsu kita.

Contoh?

Kalau kita sejenis pemarah, memang Tuhan bagi isteri yang sangat menguji supaya kita ni belajarlah sabar dan jangan asyik nak marah.

Kalau kita ni seorang yang kuat merajuk, memang Tuhan bagi suami yang suka lupa tarikh nikah, balik lambat dan cakap 'i love you' ni setahun 2 kali. Sebab apa? supaya kita ni kuatlah jiwa sikit dan kurangkan sifat buruk tu.



Sebab itu, bila kahwin je pasangan kita akan berubah. Benar-benar berubah. Lain benar sikap dan sifat dia masa bercinta dulu kan?

Kerana, Tuhan nak kita ni kahwin kerana percaya. Bukan cinta. Bukan sekadar dari mata jatuh ke hati. Tapi, dari hati jatuh terus ke cinta dan jiwa yang sebenarnya.

Akak-akak yang sakit hati dengan suami tu, belajarlah perkara ni.

Sikap buruk suami tu, kalau di terjemahkan adalah proses mendidik nafsu akak-akak yang sangat suka dengan dunia. Nak didik nafsu ni, kita sendiri pun payah. Baru nampak potongan 50% dah terlolong macam kak limah.

Abang-abang juga sama. Belajarlah dari tiap perangai dan sikap isteri.

Apa saja yang keluar dari mereka, itulah didikan untuk kita. Mengajar kita bahawa, kalau kita boleh menikmati setiap inci dan ruang hidup mereka, kita juga wajib menerima buruk dan kekurangan dalam diri mereka.

Benar.

Rumahtangga itu hanya bahagia buat mereka yang percaya dan berusaha untuknya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,915 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen