Rupa-Rupanya, Lelaki Bertubuh Ini Yang Lebih Mendapat Perhatian Para Wanita.

 

Setiap wanita mempunyai lelaki idaman yang diimpikan setiap hari untuk datang melamarnya. Selain seorang yang seoleh dan baik, ada juga perkara lain yang menjadi intipan para wanita.

Ada sesetengah orang mudah melting apabila mendengar suara lelaki yang lembut, melihat hidung yang mancung, halkum yang jelas malah ada juga yang teliti bentuk tubuh. Eh, bukannya mengikut nafsu tetapi sesiapa sahaja yang meletakkan keinginan untuk memiliki pasangan yang kacak.



Ya, lelaki dengan wajah yang kacak sememangnya membuatkan setiap perempuan keruan. Kebanyakan perempuan idamkan lelaki perkasa untuk dijadikan pasangan hidup. Tetapi… nampaknya ada bahagian tubuh lelaki lain yang secara saintifik dapat memberikan daya tarikan yang tidak dijangka kepada wanita.

Satu kajian baru mengesahkan hakikat dalam dunia perhubungan cinta ataupun ketika dating, seseorang itu sememangnya menitik beratkan soal saiz dan fizikal individu. Salah satunya faktor ketinggian sangat dititik beratkan wanita.



Kajian yang diterbitkan oleh Royal Society Open Science menyatakan bahawa wanita secara semulajadi diprogramkan untuk memilih lelaki yang sihat. Salah satunya bahagian dalaman dan ketinggian, terutama kaki lelaki adalah bahagian tubuh yang mempunyai daya tarikan tertinggi di mata wanita. Caranya para penyelidik mengukur proporsi tubuh 9,000 lelaki tentera AS, kemudian memanipulasi ketinggian mereka dan meminta perempuan heteroseksual untuk menilai manakah yang menarik di mata mereka.

Hasilnya, lelaki yang tinggi dengan mempunyai kaki panjang menarik perhatian ramai perempuan. Perempuan sangat mengutamakan soal ketinggian, pada mereka lelaki yang lebih tinggi boleh memberikan perlindungan kepada mereka. Bila dilihat pada jwapan yang diberikan rata-rata wanita berasa selamat bila bersama dengan lelaki tinggi, mereka juga rasakan lelaki tinggi mampu memberikan sentuhan fizikal seperti berpelukan, berpegangan tangan dan pelbagai lagi. Malah, menurut mereka lagi, walaupun dengan memakai kasut tumit tinggi mereka mahukan lelaki tersebut lebih tinggi daripada mereka.

Alaa jadi yang mempunyai ketinggian rendah macam mana pula? Ini sebahagian perempuan sahaja, ingatlah setiap insan dicipta berbeza, ambil peduli personaliti si dia dan bukan bergantung kepada fizikal semata-mata.

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen