Bakal Pengantin Yang Nak Miliki Tubuh Yang Menawan Di Hari Bahagia Nanti, Boleh Amalkan 4 Jenis Teh Ini.

 

Setengah orang dia tak suka diet, ada juga yang tak suka buat senaman. Ini kerana, mereka tiada masa untuk lakukan semua itu. Malah ada pula yang sanggup tahan lapar malah buat work out kaw-kaw sebab nak dapatkan badan yang ramping sebelum kahwin.

Setiap orang ada strategik yang berlainan untuk miliki tubuh badan yang diidamkan, anda pula macam mana?

Jangan risau dan jangan pening kepala, kalau tak mampu nak buat semua itu. Apa kata cuba 4 jenis teh ini dulu.



Jika anda peminat tegar kopi, rasanya bolehlah bertukar minum teh kalau idamkan bentuk badan langsing dan menawan.

Teh bukan saja baik untuk sakit tekak dan relaksasi, malah ia sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.

Anda kena tahu 4 jenis teh ini yang sangat berkesan untuk hilangkan berat badan!

1. TEH HIJAU

Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit.

2. TEH OOLONG

Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Minum teh ini setiap hari, ia boleh menurunkan risiko obesiti.



3. TEH MINT (PUDINA)

Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.

4. TEH PUTIH

Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Mahu kekal kurus? Banyakkan minum teh putih.

Selamat mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,260 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen