Sebelum Kahwin Ini, Apa Yang Korang Nak Miliki Dulu, Rumah Ke Kereta?

 

Orang kata sebelum berkahwin ini kena ada harta dahulu, barulah boleh nak fikirkan ke alam perkahwinan. Sebabnya bila nak dah kahwin, banyak benda akan terikat tetapi itu semua pendapat masing-masinglah.

Ada orang memilih untuk berkahwin dahulu kerana percaya bahawa rezeki selepas berkahwin akan lebih melimpah ruah malah lebih mudah. Tetapi ada juga yang memilih untuk kumpul harta dahulu kerana ingin memberi keselesaan kepada anak dan pasangan.



Jadi dalam memilih harta ini, yang mana perlu kita miliki dahulu? beli kereta dahulu ataupun memiliki rumah dulu?
Bagaimana kalau kita memilih untuk membeli rumah terlebih dahulu, ada beberapa faktor yang kita kena lihat dan fikirkan. Antaranya;

1. Kawasan rumah.

Boleh jadi rumah yang kita beli itu tidak sesuai untuk dijadikan tempat tinggal kita dan juga pasangan. Boleh dikatakan ia jauh daripada pasarana yang memudahkan kehidupan kita. Nak-nak lagi jika ada anak sekolah, tentu sahaja kita mahu yang mudah untuk mereka. Tidak cukup itu sahaja, boleh jadi kawasan itu tidak selesa untuk anak-anak kita membesar.

2. Tugas yang membuatkan kita berpindah randah.

Selagi belum menjumpai kerja yang sesuai, tentu sahaja kita akan berpindah randah dalam mencari kerja yang selesa buat kita. Tidak hanya itu sahaja, boleh jadi juga tugas kita ini tidak hanya satu tempat sahaja. Jadi kalau sudah miliki rumah di satu kawasan dan terpaksa berpindah di tempat lain, tentu akan menyukarkan kita juga.

3. Bakal pasangan tidak setempat dengan kita.

Boleh jadi kita dan pasangan akan berdepan dengan kehidupan PJJ jika kita dan pasangan kerja di tempat yang berlainan. Jika kita hendak pindah dan menyewakan rumah tentu sahaja kita perlu memikirkan banyak perkara yang lebih penting. Lagipun rumah yang dibeli itu pun kena bayar setiap bulan juga.

4. Maintenance.

Rumah yang ada itupun perlukan maintenance seperti cukai pintu, bil air serta elektrik dan pelbagai lagi. Ini pun perlu difikirkan setiap bulan kerana jika anda tidak mambayarnya maka anda tidak boleh menggunakannya.

5. Duit bayaran bulanan.

Jika anda mampu untuk membeli rumah dengan cash tentu tak ada masalah, tapi kalau tak mampu tentu kena bayar setiap bulan.



Bagaimana pula jika beli kereta?

1. Maintenance.

Apa yang boleh dilihat jika anda beli kereta baru ataupun lama kedua-duanya memerlukan service setiap bulan, duit minyak, parking serta penjagaan yang rapi. Jika anda selalu keluar dan penggunaan jauh, mungkin ia akan sedikit sakit lah disini.

2. Bayaran bulanan.

Sama juga seperti rumah, jika anda membeli kereta baru ia akan membuatkan anda terpaksa membayarnya setiap bulan, tetapi jika anda membeli kereta lama dan ianya bayaran penuh anda hanya perlu memikirkan maintenance sahaja setiap bulan.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Jika anda memiliki kedua-duanya tentu ia mampu beri keselesaan kepada keluarga anda tetapi jika hanya salah satu sahaja tentu ia juga memberi sedikit keselesaan. Semuanya bergantung kepada pilihan anda, ini hanya pendapat sahaja.

Memanglah rumah itu penting, tapi kena lihat juga kita mampu ke nak beli rumah sebelum berkahwin ini, apa pun yang penting anda sendiri yang kena menentukan masa depan anda. Beli bila anda betul-betul dah bersedia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen