Orang Lelaki Sudi Letak Hantaran Tinggi Kalau Wanita Ada 5 Package Ini. Haa... Menarik Ini.

 

Pernah terfikir berapa agak-agak nilai hantaran yang pasangan korang akan letakkan pada korang? Agak-agak hantaran itu sesuai ataupun tak dengan korang punya level? Ataupun bagi korang diaorang mesti akan letak hantaran yang rendah dekat korang?

Contohlah kalau pasangan korang akan letakkan hantaran tinggi dekat korang, agak-agak apa perasaan korang? Teruja ataupun tak? Mestilah rasa terujakan sebabnya tak semua lelaki akan sanggup bagi hantaran tinggi, lagi minta kurangkan adalah kan.



Tapi apa-apa pun, layak ke korang nak dapatkan hantaran yang tinggi ini sesuai dengan apa yang orang lelaki selalu katakan “kalau nak hantaran tinggi kene cukup package”, package yang macam mana selalu orang lelaki harapkan ini?

Ini package yang mereka mahukan;

1. Tinggi ilmu agamanya.

Selalu sangat orang lelaki cakap kalau perempuan pandai baca ayat Al-Quran malah boleh bertaranum itu memang bonus teruklah kiranya. Yela, bila pandai serba serbi bab agama ini tentu sahaja dia datang dari keluarga yang baik-baik serta tahu menjaga maruah dirinya.



2. Mahir bab-baba memasak dan menguruskan rumahtangga.

Anak dara sekarang kalau belum tengah hari belum tentu bangun, itu yang orang lelaki kata bahawa wanita-wanita masa ini tak sesuai untuk mendapatkan hantaran tinggi. Sedangkan ramai je wanita-wanita di luar sana itu mahir menguruskan kerja-kerja rumah walaupun bangun tak awal pagi. Itu belum lagi suruh masuk ke dapur, tapi biasanya orang perempuan ini akan belajar masak bila dah kahwin nanti, barulah boleh baca test suami dia kelak.

3. Ada pelajaran.

Bab-bab pelajaran ini tentu ramai sahaja wanita masa kini yang lebih tinggi pelajarannya malah mereka juga terdiri daripada orang yang berkerjaya. Jadi rasanya ini bukan satu masalah untuk wanita-wanita di luar sana meminta hantaran yang tinggi.



4. Rupa yang cantik dan sedap mata memandang.

Ini juga adalah perkara yang memainkan peranan penting dalam pemberian wang hantaran ini. Bukan perkara-perkara basic dan kemahiran je penting, tapi fizikal juga penting bagi mereka. Malahan juga, wanita-wanita ini akan jadi ibu kepada anak-anak mereka, jadi ada yang berpendapat kalau nak anak comel cari ibu yang comel.

5. Baik luar dalam.

Bukan luaran je yang perlu dilihat tetapi dalamannya juga perlu diteliti. Biasanya mereka akan pandang hati pula. Adakah hatinya baik, tahu hormat kedua ibu bapanya malah jauh dari sikap yang tidak sepatutnya.

DAN TAK WUJUD!

Namun begitu, tidak ada wanita yang sesempurna ini. Kita ini manusia yang penuh kekurangan, sebab itu perlunya perkahwinan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kita orang perempuan ini pun, jangan mengharapkan pasangan mampu penuhi segala yang kita mahukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,471 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen