Pening Kepala Nak Minimumkan Bajet Kahwin Korang, Mungkin Boleh Cuba Minimunkan Yang Ini.

 

Pernah tak korang terfikir untuk memudah pernikahan korang, macam buat apa yang perlu dan menjimatkan perbelanjaan. Tak hanya itu sahaja, duit hantaran yang lebih itu boleh buat untuk perbelanjaan selepas kahwin, pernah atau tidak?



Mesti ada je antara korang yang berfikiran seperti ini bukan, sebabnya yang penting kahwin dan hubungan korang halalkan. Bab-bab majlis yang sederhana ataupun tak mewah macam orang lain itu bukan satu perkara yang penting pun, nanti-nanti orang sekeliling lupa juga.

Tapi jangan riasu kalau nak majlis meriah dan jimat ini sebenarnya banyak caranya. Cuma kadang kala korang nak ke tak nak buat je. Ataupu korang terikut -ikut kawan korang yang memiliki banyak wang melangsungkan majlis mereka ini.



Ada berberapa cara nak jimatkan wang perbelanjaan kahwin sebenarnya, antaranya;


1. Buat majlis dalam masa satu hari. Kalau pagi anda nikah belah petang itu buatlah pula majlis bersandingnya. Perkara ini sebenarnya jimat lebih banyak jika nak bandingkan kalau anda buat nikah pada hari lain dan bersanding hari lain. Sebabnya, kos bahan masakan itu lebih dapat menjimatkan serta tetamu yang hadir pun hanya akan makan sekali je.

2. Tak payah nak ada baju persalinan yang berhelai-helai, nak sewa sehelai baju bukan murah. Apa kata baju nikah korang itu, terus buat baju bersanding sekali. Dekat sini je dah jimat banyak. Mula-mula jimat baju, selepas itu jimat makeup. Dua benda ini bukan perkara yang mudah sampai nak dua tiga kali tempahan.

3. Selain itu juga, korang boleh pilih mini pelamin untuk majlis sanding korang. Bukannya korang nak duduk berjam-jam pun dekat situ, paling lama pun korang duduk masa bersanding selama 10 minit je, lepas itu semua orang datang tumpang nak ambil gambar. Lagipun sekarang ini mini pelamin pun dah macam pelamin bersanding, carilah yang bersesuaian.

4. Majlis yang meriah sebenarnya tak perlukan tetamu yang ramai pun, tetapi cukup sekadar ada ahli keluarga serta kenalan yang rapat dengan kita. Jadi tak perlu jemput beratus-ratus tetamu. Cukup kalau orang kampung dan sekeliling korang tahu yang korang dah kahwin. Selepas kahwin up la satu dua keeping gambar menunjukkan anda dah kahwin, kan lagi senang.

5. Jangan lupa minta keluarga sponsor door gift. Biasanya ibu bapa tidak akan berkira kalau nak sponsor door gift ini, lagi-lagi kalau tetamu yang hadir itu tak ramai mana pun. Ini pun sebenarnya salah satu tips untuk berjimat juga. Pandai-pandailah ayat mak ayah korang itu.

Mudah je nak halalkan hubungan ini, tapi yang jadi payah dan sakit apabila kita sibuk nak ikut majlis mewah macam orang lain. Tak hanya itu sahaja takut sangat dengan mulut-mulut orang sekeliling. Kalau majlis gah sekalipun tapi berhutang pun payah juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen