Belajar Untuk Mencintai Diri Sendiri Dahulu Sebelum Mencintai Orang Lain, Kerana Dirimu Lebih Berharga.

 

Sering kali diingatkan bahawa sayangi diri kita dahulu sebelum menyayangi orang lain. Ini kerana, diri kita sahaja yang tahu bertapa berharganya hati perasaan sendiri. Sebelum nak mencintai orang lain, cintai diri kita dahulu barulah kita mampu mencintai orang lain dengan baik.

Memang benar kita layak dicintai, disayangi. Jika tiada yang menyayangi, maka kita sendirilah yang perlu sayangkan diri sendiri. Namun ada sebilangan daripada kita yang tidak suka akan dirinya sendiri. Alasannya mungkin datang dari pelbagai sudut, namun anda perlu ingat, walaupun anda tidak suka akan diri anda sendiri, jangan sesekali melakukan 5 kesilapan ini.



1. Jangan biarkan orang lain permainkan emosi anda

Meski anda tidak suka pada diri anda sendiri dan sehingga sampai suatu tahap anda berasa diri anda layak dilayan sebagai sampah, ketahuilah tanggapan itu adalah salah. Jangan sesekali membiarkan orang lain mempermainkan emosi anda. Membiarkan seseorang berlalu pergi selepas menyakiti anda adalah perkara yang sangat tidak patut. Sesiapa pun tidak ada hak untuk mempermainkan emosi kita meski dengan perkara yang mereka anggap remeh.



2. Jangan abaikan orang yang selalu ada untuk anda.

Jangan anggap orang lain juga tidak menyukai diri anda hanya kerana anda tidak menyukai diri sendiri. Jangan sesekali menganggap mereka berbuat baik kepada anda disebabkan rasa kasihan. Jangan salah tafsir bahawa mereka hanya melihat anda dari sisi buruk sahaja. Ternyata mereka sebenarnya tidak seperti yang anda fikirkan. Hargailah orang yang peduli terhadap anda.

3. Jangan membenci orang yang sayangkan diri mereka sendiri.

Hanya kerana anda tidak menyukai diri anda, namun anda tidak sepatutnya berasa cemburu apabila melihat orang yang menyayangi diri mereka. Jadilah seperti mereka, jangan biarkan sifat negatif sentiasa menghantui anda iaitu dengan melibatkan orang lain dengan apa yang anda alami. Ambillah apa-apa yang baik untuk dijadikan panduan.



4. Jangan hilang keyakinan diri

Jangan menganggap sisa hidup anda akan berakhir dengan sengsara hanya kerana anda tidak berada dalam situasi yang anda mahukan sekarang. Begitu banyak perkara yang boleh berubah dalam sehari, apatah lagi setahun atau sepuluh tahun. Apa yang anda rasakan sekarang bukan bererti apa yang akan terus anda rasakan untuk selama-lamanya.

Belajarlah bagaimana untuk mencintai diri anda sendiri, ianya mungkin mengambil masa, tetapi anda perlu berusaha untuk merawat diri anda dengan lebih baik. Anda perlu menerima hakikat bahawa anda layak mendapat kasih sayang, terutama dari diri anda sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,704 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen