Isteri Menahan Rasa, Suami Main Lepas Kata... Perkahwinan Ini Melengkapi Bukan Menyakiti.

 

Setiap manusia ini penuh dengan keinginan dan kemahuan, begitu juga dengan pasangan kita ini. Kadang terdetik dihati teringin itu ini, tapi belum tentu dimulutnya mampu melepaskan kata-kata itu. Ketika bujang, mungkin dirinya mampu untuk mengikut segala kemahuan dan keinginan, tetapi bila dah kahwin ini berlainan sungguh.

Ada isteri yang kadang kala tahan keinginan yang mereka mahukan. Seorang isteri biasanya tidak akan pernah minta apa suaminya tidak mampu. Dirinya tidak akan mengeluh walaupun dirinya sangat teringin akan sesuatu benda itu.



Apabila dirinya mempunyai wang, barulah mereka beli apa yang mereka inginkan itu, tapi disitu pun mereka tidak akan melupakan suami mereka. Sebagai contoh, kalau mereka ini ingin makan sedap, tentu sahaja anak-anak dan suami mereka ini akan dibawa. Tidaknya mereka akan pergi seorang diri.



Itu belum kemahuan yang lain, orang perempuan ini besar kemahuan dirinya.

Bila lihat rumah besar, mereka pun ingin duduk rumah besar…

Bila lihat rakan-rakannya memakai gelang tangan banyak, dalam hati mereka pun ingin juga…

Bila lihat orang cantik bermakeup, mereka pun ingin cuba pakai juga…

Apa yang berlalu dihadapan mata mereka itu, tentu sahaja membuat mereka rasa teringin atau ingin memilikinya. Namun dirinya sedar bahawa, suaminya itu bukan orang ada-ada. Gaji suaminya itu cukup untuk makan selama sebulan sahaja, kalau dia minta lebih-lebih takut menyusahkan suami mereka.

Orang perempuan ini banyak keinginan tapi lebih rela memendamkan sahaja.



Berlainan pula dengan si suami,

Nampak perempuan lawa, terus cakap kenapa isteri tak lawa mecam mereka…

Bila nampak wanita berkerja, terus cakap isteri dekat rumah goyang kaki…

Bila lihat isteri orang lain layan lembut je suami mereka, terus terdetik dalam hati isterinya tidak sebegitu…

Malah kadang kala itu terus sahaja mereka cakap depan-depan muka isteri tanpa memperdulikan apa yang bakal isteri rasakan. Sedih, pedih atau kecewa tidak suami pedulikan. Yang suami tahu, dia ingin isterinya jadi seperti itu.

Dalam hidup sebagai suami isteri ini kita sebenarnya kena terima kekekurangan pasangan kita, sebabnya kita ini pun bukannya sempurna mana. Lainlah kalau kita ini mampu tunaikan apa yang isteri kita inginkan, tentu sahaja isteri kita juga mampu tunaikan apa yang suaminya inginkan.

Jangan berangan terlalu tinggi jika kita ia bukan kemampuan kita, apa kata kalau kita mensyukuri apa yang kita miliki hari ini. Apa yang kita ada ini belum tentu orang lain ada. Jika anda tidak mahu isteri anda, banyak lagi lelaki yang mahukan dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,428 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen