Kalau Nak Rumahtangga Bahagia, Suami Kena Jadi Detektif Untuk Cari Mana Mood Permaisuri Hati Yang Hilang.

 

Ruginya bila dah jadi suami ini tidak pandai dengar luahan isteri. Sedangkan segala luahan isteri itu adalah satu nikmat yang besar rupanya. Bila suami rajin mendengar, isteri pula senang hati nak meluah, malah rumahtangga pun mudah nak erat. Mana tidaknya, tiada lagi muka muram, sakit hati serta rasa tak ikhlas ini. Semuanya akan bahagia dan berjalan lancar je kalau jadi pendengar yang baik buat isteri.

Isteri ini tak minta banyak pun, bila muka mereka berkerut bukannya nak minta kerusi urut tapi nak minta jadi pendengar setia di sisi je.

Kalau tak tahu macam mana nak jadi pendegar yang baik, boleh ikut cara Mohd Fhais ini, sememangnya ia satu langkah yang mudah malah mengeratkan hubungan suami isteri.



Lelaki Kena Belajar Mendengar !

Ada satu hari saya perasan isteri balik kerja dalam keadaan tak tentu arah. Berbeza sekali raut wajah ok dia dengan raut wajah pada hari tu.

Sah comfirm, mesti ada yang tak kena ni !

Saya pun mula jadi detektif. Satu persatu saya selidik apa yang berlaku pada dia mengunakan 3 step mudah ni.

1 - Engage ( libatkan diri )

Dah nampak isteri mood tak ok, cepat cepat la datang dekati dia. Dapatkan perhatian dia. Mulakan dengan tanya soalan mudah.

" Sayang dah makan ? ", confirm dia jawab.

Elakkan la tanya begini waktu mood tak ok.

" Sayang kenapa ? "

" Sayang ada masalah ke ? "

Soal begini bukan nak libatkan diri tapi macam minta nak kena sebat dengan hanger je. Elakkan la kalau boleh.

2 - Explore ( teroka apa dalam minda )

Cara terbaik untuk explore adalah dengan buat isteri bercakap. Lebih banyak dia bercakap maka lebih banyak kita boleh teroka.

Contoh kes saya,

" Sayang hari ni jaga icu lagi ? ", Saya

" Aah ", isteri

Bila isteri jawab, sambung lagi tanya soalan lain sampai la dia bercakap sendiri tanpa di tanya.

Jangan risau, kalau kita terus tanya dan tanya lambat laun isteri akan bercakap juga. Sampai la isteri dah mula pot pet pot pet.. Separuh tugas kita dah selesai.

Selesai sudah bahagian mudah. Sekarang bersedia untuk bahagian yang susah.



3 - Listen ( dengar )

Yup! Step 3 ni kita cuma perlu dengar dengar dan dengar. Tak perlu bagi jawapan, jangan bagi arahan atau beri pandangan.

Hanya pasang telinga, fokus pada muka isteri dan dengar dengan hati.

Nampak mudah tapi sebenarnya ramai yang gagal mendengar.

Nak jadi pendengar yang baik kena ada 4 perkara ni :

i - Berhenti dari buat kerja lain. Simpan telefon. Fokus pada luahan isteri.

ii - Mata ke mata, kena ada eye contact dengan isteri. Bukan isteri bercakap mata kita pandang tv.

iii - Bila isteri meluah tu tunjukkan minat. Walaupun tak faham, pastikan ada interaksi. Balas oh begitu, yeke sayang, serius ke ni, patut la..

iv - Buat "paraphrase" iaitu ulang balik apa yang isteri cakap mengunakan bahasa kita sendiri. Tujuan paraphrase adalah supaya kita faham apa yang isteri duk luah tadi.

Lepas buat 3 step ni bukan sahaja dapat tahu apa masalah isteri, malah mood dia pun akan jadi stabil balik.

Oh, rupanya isteri saya ni duk risau sebab anak buah kena tahan wad lama sangat. Tu la puncanya.

Lepas dia dah luah kerisauan tu, raut wajah yang muram tadi bertukar ceria dah.

Kalau nak tahu emosi wanita ni boleh di ibaratkan macam "Tumor" kalau tak di rawat dari awal lama-kelamaan dia akan membesar dan membesar sehingga beri kemudaratan pada diri sendiri dan kita juga.

Masa dah mula nampak benjolan tumor ( emosi ) tu muncul cepat cepat la rawat. Jangan biarkan dah jadi bahaya baru nak kelam kabut merawat.

Berhasil sungguh tau 3 step ni! Cuba dulu baru tahu. Bila nampak isteri muka ketat jangan menjauh, tapi dekatkan diri dan pulihkan emosi isteri ni dapat pahala tau.

Gud luck!
Korang share la post ni kat orang lain juga mana tahu dapat beri manfaat pada diorang juga.

Mohd Fhais
Telinga tuli tak apa jangan hati yang tuli

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,761 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen