Ada 3 Jenis Wanita Jatuh Cinta, Anda Yang Mana?

 

Rasa cinta, rasa sayang, malah rasa suka itu kadang boleh menjadi satu perkara yang sangat menyakitkan dan mengecewakan seseorang. Tapi itu jika satu perasaan itu tidak dibalas, bagaimana pula kalau dibalas? Tentu sahaja hubungan tersebut mampu pergi ke jinjang pelamin. Siapa sangka bukan?

Sebagai seorang wanita, biasanya anda akan lebih berharap untuk lelaki mendekati anda berbanding untuk anda mengambil tindakan dahulu. Ini kerana, jika seorang wanita yang memulakan langkah dahulu, ia seperti pergi mencari timba sedangkan ini hanya istilah orang-orang yang tidak mahu cuba mendapatkan apa yang dia mahukan.



Jika anda seorang wanita yang berpegang teguh pada istilah ini, tak mustahil anda akan berubah satu hari nanti. Nak-nak lagi apabila anda yang mula jatuh cinta dahulu.

Apabila seorang wanita itu mula terdeti rasa suka, apa yang mungkin mereka lakukan?



1. Hanya memendam rasa.

Kerana sudah menjadi adat bahawa seorang wanita itu penuh dengan rasa malu untuk menyatakan akan perasaan dirinya. wanita sebegini lebih memilih untuk memendam perasaan berbanding meluahkan. Bahkan mereka ini juga sanggup untuk melihat orang yang mereka sukai itu dari jauh sahaja berbanding meluahkan perasaan mereka.

2. Wanita yang memberi hint.

Tak nak berdiam diri, tak nak juga meluahkan perasaan, wanita sebegini akan memberi hint atau tanda bahawa dirinya menyukai seseorang itu. Ini kerana, wanita masih lagi tidak lari dari merasa malu. Nak-nak lagi jika mereka yang memulakan dulu lalu direject tentu sahaja ia akan menjatuhkan maruah si gadis.



3. Wanita yang berani.

Jarang sekali nak jumpa wanita yang berani ini. Biasanya mereka ini adalah golongan yang hati kering. Apa yang mereka mahukan, mesti mereka akan miliki. Wanita ini seorang yang gagah malah ingin berusaha lebih lagi. Malah dirinya juga tak takut untuk direject.

Sebagai seorang wanita, tentu sahaja kita ini mempunyai cara yang tersendiri dalam meluahkan perasaan kita. Tetapi jangan terus membiarkan rasa malu membaluti hati kita. Tak salah untuk kita mencuba sesuatu itu.

Kalau direject jangan kecewa, tetapi lebih bersyukur bahawa anda tidak mengharapkan sesuatu lagi. Jika tidak diluah hati akan berharap dan terus berteka teki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen