Wanita Suka Buat Perkara Ini, Jangan Lengahkan Lagi Tapi Segerakan Mandi Wajib.

 

Sebagai manusia biasa, kita sememangnya tidak pernah lari dari melakukan silap dan salah. Jika kita segera sedar akan perbuatan salah dan dosa kita, maka segeralah kita bertaubat dan meminta ampun kepada Allah agar kita memiliki hati yang tenang.

Lagi-lagi dalam kita melalaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, tentu sahaja banyak perkara yang kita ambil sambil lewa malah merasakan itu bukan keutamaan dan boleh dilengahkan, tetapi sebenarnya tidak.



Rasanya perkara ini selalu sangat kita buat, di mana kita sengaja melengahkan mandi wajib dengan pelbagai alasan. Ada yang gunakan alasan tidak sempat mandi wajib kerana sibuk, malas serta tak sedar bahawa haid sudah habis. Ramai yang memandang remeh akan hal ini kerana merasakan ia bukan satu perkara yang serius akan tetapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang perlu anda fahami.

"Apabila darah haid telah berhenti dalam waktu tiga hari, kurang atau lebih, wajib bagi si wanita untuk mandi dan mengerjakan shalat bila sudah masuk waktu, dan diperkenankan untuk suaminya untuk datanginya berdasarkan firman Allah swt," Mereka bertanya kepadamu tentang menstruasi .

Katakanlah, 'Haid itu adalah kotoran'. Karena itu kalian harus menjauhkan diri dari isteri-isteri kalian di waktu menstruasi (tidak melakukan jima 'di kemaluan) dan janganlah kalian mendekati (menggauli) mereka sampai mereka suci dengan mandi. Apabila mereka telah suci dengan mandi maka campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepada kamu (pada qubul). Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan dirinya. " (Al-Baqarah: 222)



Masalah mandi wajib itu bukan satu perkara yang besar jika kita ini benar-benar mementingkan agama serta tahu akan kewajipan kita sebagai hamba.

Jika kita mencari seribu alasan untuk melengahkan apa yang wajib dan mendahului urusan dunia, sudah tentu kita ini seorang hamba yang tidak taat akan perintah Allah.

Sebagai seorang hamba jangan lupa untuk segera memohon ampun apabila melakukan kesalahan. Apa-apa pun yang melengahkan apa yang wajib.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen