Jangan Terburu-Buru Nak Bagi Peluang Kedua Pada Pasangan Kantoi Curang. Tanya Dulu 5 Soalan Ini.

 

Setiap orang berhak mendapatkan peluang kedua dalam hubungan mereka. Ini kerana, manusia tidak akan pernah lari melakukan silap. Bahkan kadang kita sendiri pun sebenarnya tidak boleh melupakan si dia, itu yang menyebabkan peluang akan diberi.

Disatu rasa kita sukar untuk memaafkan, tetapi pada satu rasa yang lain kita rasa mereka ini berhak untuk menerima peluang ke dua.



Kecewa memang akan kecewa tetapi kerana sayang sudah tentu kita akan beri juga peluang kepadanya. Terutama jika sudah berkahwin, kita perlu fikirkan anak-anak.

Sebelum membuat keputusan dengan lebih serius adakah anda akan menerimanya semula ataupun tidak, apa kata tanya dahulu 5 perkara ini kepada mereka.

1. Pernah mereka curang sebelum ini?

Jika ini merupakan kesalahan yang pertama mungkin dia berhak untuk mendapatkan kemaafan, tetapi kalau ini bukan kesalahan yang pertama cuba pertimbangkan adakah dia pernah berlaku curang atau tidak di belakang anda. Ini kerana, kalau anda memberi kemaafan kepadanya tak mustahil dirinya akan melakukan sekali lagi kerana anda pasti akan menerimanya.



2. Kenapa dia menipu?

Menipu ini biasanya perbuatan yang akan menutupi salahnya. Jika dia memberikan satu jawapan yang logik sepeti hubungan kalian tidak baik sejak akhir-akhir ini punca perkara ini terjadi mungkin dia boleh dimaafkan. Tetapi kalau dia menipu lagi atas perkara lain, sila buat keputusan untuk tidak memberi maaf kepadanya.

3. Boleh ke anda memaafkan dia dengan ikhlas?

Perkara ini akan bermain di dalam fikiran anda. Boleh ke anda tidak mengungkit kesilapan dirinya yang lepas kalau dia diberi peluang. Boleh ke kalau anda tidak cuba untuk membalas dendam kepadanya. Ini kerana jika anda tidak mampu memaafkannya dengan ikhlas tak mustahil anda pula yang akan melakukannya. Haa… hati-hati dengan keputusan anda.



4. Macam mana kalau dia lakukan sekali lagi?

Orang kata kalau dah curang sekali tentu akan ingin melakukan perbuatan tersebut berulang kali, begitu juga dengan menipu. Adakah anda sudah bersedia untuk mengambil risiko itu? Kalau tidak lebih baik anda tidak perlu memberi peluang, kalau anda percaya perkara itu tidak akan berlaku, boleh lah.

5. Anda rasa dia layak untuk mendapat peluang itu?

Anda perlu memikirkan sedalam-dalamnya akan perkara ini. Perlu pastikan bahawa anda membuat keputusan yang bijak. Malah anda juga perlu tahu bahawa peluang yang diberikan itu disebabkan apa. Adakah sebab anda benar-benar takut kehilangannya? Atau anda lihat keikhlasannya?

Peluang yang hendak diberikan ini betul-betul bermakna, jika anda memberi peluang kepada orang yang salah mungkin, anda akan kecewa berkali ganda kerana memberi peluang kepada bukan yang sepatutnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen