Isteri-Isteri Kalau Nak Suami Soleh, Kena Solehah Diri Dulu. Kita Kan Cerminan Pasangan Kita.

 

Mana-mana wanita sudah tentu mengidamkan suami yang soleh, di mana suami itu mampu membimbang seorang isteri ke jalan Allah. Sebab itu, dalam memohon kepada Allah berkenaan jodoh sekalipun, kita akan minta suami yang soleh, suami yang baik.

Begitu juga si suami inginkan isteri solehah.

Kita sebagai suami isteri ini ibarat cermin pasangan kita. Jika kita nak suami yang soleh, maka kita juga perlu solehah. Mana boleh hanya suami sahaja, sedangkan kita masih tak solehah lagi.



Sebab itu, dalam kita cuba nak perbaiki suami kita itu, sesekali kita perbaiki juga diri kita ini. Barulah nanti akan sama-sama soleh dan solehah, seperti yang dikongsi Puan Nur Farhana Fizal ini.

Kita memilih menjadi isteri, bermakna kita juga telah ketahui dan akan cuba untuk pelajari bagaimana menjadi isteri.

Bersedia menjadi isteri, sepatutnya kita telah lebih dahulu mencari ilmu, bagaimana menjadi isteri.

Selain daripada nikmat menjadi isteri, kita juga seharusnya bersedia, dengan pelbagai ujian yang akan ditempuhi apabila bergelar isteri.



Sebagai isteri, setiap zarah pada diri suami, adalah pahala untuk isteri.

Daripada menyisir rambut, mencukur kumis dan janggut, memotong kuku dan memastikan semua yang ada pada dirinya terjaga, adalah syurga para isteri.

Apatah lagi butir nasihat, juga setiap kata-kata dan setiap perilaku yang disukai juga dibenci. Itu semua termasuk dalam lubuk pahala buat isteri.

Sekarang, banyak penulisan ditulis, bagaimana menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah. Dan kita akan cenderung untuk tag pasangan masing-masing.

Tak salah. Malah bagus. Kita saling ingat mengingatkan untuk kebaikan rumahtangga.



Namun, menjadi isteri lebih baik kita banyakkan membaca macam mana nak menjadi isteri solehah dan taat.

Apabila kita membaca penulisan tentang menjadi suami soleh, kita pantulkan ciri-ciri suami soleh itu pada diri kita sebagai isteri.

Daripada kita asyik dok mencari ciri-ciri suami soleh, suami penyayang, suami romantik, lepas tu tag suami masing-masing dengan harapan suami jadi macam tu.

Tapi, bilamana suami kita tak macam apa yang kita baca, kita akan cenderung untuk tak bersyukur sebab kononnya suami kita tak capai tahap macam yang kita baca tu.

Maka menangislah kita. Lalu kecewalah kita dan rasa tak bahagia bermaharaja dalam jiwa. Kita sakit perasaan dan emosi selamanya.

Ingat selalu dalam fikiran, nak suami jadi soleh, solehahkanlah diri sendiri dulu. Namun, yang menjadikan suami itu soleh, hanya Allah.

Maka, marilah bersama kita menjadi isteri seperti mana yang Allah dan Rasul kehendaki, maka Allah akan kurniakan suami seperti mana yang kita ingini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen