Rupa-Rupanya Bukan Masalah Komunikasi Menyebabkan Hubungan Tak Bahagia Dalam Jangan Panjang. Ini Puncanya.

 

Bila kita tanya pasal rahsia kebahagiaan dalam satu hubungan, pasti ramai orang akan mula menyatakan untuk memiliki kebahagiaan itu perlukan komunikasi yang baik antara pasangan. Selalu bukan kita dapat tips sebegini.

Masalah komunikasi yang tidak baik adalah selalu perkara yang perkatakan. Pada mulanya, untuk bersama hingga ke akhir hayat, seseorang itu perlulah mengenal dan memahami hati budi pasangannya. Dan cara untuk melakukannya ialah melalui komunikasi.

Pada peringkat permulaan bagi hubungan mereka, aspek ini memang penting. Tetapi adakah itu satu-satunya rahsia bagi hubungan yang mampu bertahan bertahun-tahun lamanya?



Untuk mencari jawapannya, penulis dan blogger Mark Manson bertanya kepada pembaca blognya.

Maklumlah, pada masa itu, beliau akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi beliau ingin tahu apa nasihat yang mereka boleh kongsikan. Lebih daripada 1,500 orang yang berada di dalam hubungan perkahwinan yang bahagia telah memberi respon.

Beliau juga bertanya kepada individu yang telah bercerai, apa yang menyebabkan hubungan mereka bersama pasangan akhirnya musnah.

“Saya mula perasan yang ramai daripada mereka berkata penceraian mereka berfokus kepada masalah komunikasi,” kata Mark kepada Business Insider. "Ia sesuatu yang mereka perlu perbaiki."

Bagi mereka yang masih bahagia bersama pasangan hidup selama lebih 20 tahun, semuanya kata komunikasi ini terlalu digembar-gemburkan (overrated). Sebaliknya rahsia hubungan mereka ialah perasaan hormat kepada satu sama lain.



“Jika anda akan menghabiskan masa berdekad lamanya dengan seseorang yang tidak berkomunikasi dengan baik, tentunya akan timbul rasa salah faham,” kata Mark.

“Anda akan alami situasi yang mana anda takkan faham mengapa pasangan anda berpendapat sedemikian. Sebagai tindak balasnya, anda pula akan membuat andaian yang tidak betul terhadapnya.”

Bagaimanapun, Mark menambah yang perkara ini normal bagi dua individu yang sering menghabiskan masa bersama.

“Pasangan bahagia tadi kata lagi, apa yang lebih penting ialah adanya rasa hormat di antara dua orang individu yang bercinta.



“Jadi apabila berlakunya perbalahan antara anda dan pasangan, anda takkan anggap yang dia ialah seseorang yang kejam kerana tak setuju dengan pendapat anda.

“Sebaliknya, anda patut hormat pendiriannya. Anda patut hormat yang pasangan anda mungkin ada pendapat yang berbeza daripada anda.”

Jadi kesimpulannya, komunikasi yang bagus saja tidak cukup! Anda dan pasangan juga perlu memahami dan menghormati satu sama lain.

Semoga hubungan anda berkekalan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,909 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen