Wanita Lebih Mudah Mengingati Perasaan Sakit Berbanding Lelaki, Patutlah Mereka Boleh Ingat Hal Yang Jadi 5 Tahun Lepas.

 

Kenapa seorang wanita itu perlukan pelindungan? Kerana mereka ini adalah insan yang lemah malah lebih mudah untuk berasa sakit. Biasanya orang lelaki lebih gagah dan lebih kuat apabila menahan sakit jika hendak dibandingkan dengan wanita.

Rasa sakit adalah satu perkara yang subjektif. Ada yang rasa sakit, dan ada yang boleh tahan rasa itu. Tetapi, kenapa perempuan lebih mudah untuk rasa sakit, jika dibandingkan dengan lelaki.



Menurut beberapa kajian, terdapat sebab dan punca mengapa wanita itu lebih mudah untuk berasa sakit berbanding lelaki. 

Ini yang lelaki kena tahu;

1. Tahap tahan rasa sakit yang berbeza

Setiap manusia mempunyai tahap rasa sakit yang berbeza, dikenali sebagai pain treshold. Beberapa kajian terdahulu menunjukkan wanita mempunyai tahap rasa sakit yang rendah, menjadi sebab kenapa wanita lebih sensitif.



2. Wanita lebih senang ingat

Ingatan wanita adalah lebih baik dalam mengingati sesuatu perkara yang lepas, berbanding lelaki. Menurut laporan, wanita lebih mudah untuk rasa sakit kerana daya ingatan mereka lebih kuat mengingat perasaan itu berbanding lelaki.

3. Berkait rapat dengan hormon

Wanita mempunyai hormon reproduktif iaitu Oestrogen. Hormon ini membantu wanita untuk kuat dan tahan rasa sakit. Disebabkan itu, wanita mungkin merasa sakit yang berbeza-beza, bergantung kepada hormon mereka. Malah, ketika melahirkan anak, hormon ini adalah sangat tinggi, membuatkan wanita menjadi kuat dan tahan rasa sakit.

Selepas ini jangan kata mereka ini lemah, sedangkan mereka ini sememangnya dijadikan sebagai hamba Allah yang memerlukan pelindungan dari kaum Adam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,622 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen