Kalau Kahwin Sebab Rasa Cinta Je Masih Tak Mencukupi, Paling Kurang Kena Dapatkan Restu Dari Ibu Bapa.

 

Apabila ada niat nak kahwin, kita bukan kahwin dengan dirinya sebab rasa sayang dan cinta sahaja. Bukan sebab kita dah bertahun-tahun kenal dengan dirinya, malah bukan juga kerana kita merasakan dia jodoh sebenar.

Tak cukup akan perkara itu sahaja, banyak lagi yang perlu difikirkan. Kadang kita bukan hanya perlu fikirkan diri kita sahaja, tetapi pasangan serta keluarga keduanya.



Perkahwinan ini melibatkan pelbagai aspek, bukan hanya sekadar kasih sayang dan rasa cinta sahaja. Jadi sebelum nak buat keputusan berkahwin dengan orang yang kita pilih untuk jadi peneman hidup kita, cuba untuk fikirkan dahulu perkara ini.

1. Restu keluarga.

Adakah ibu bapanya menerima baik kehadiran anda, begitu juga ibu bapa anda yang menerima kehadirannya dengan baik. Tak pernah sekali pun merasakan bahawa ibu bapa menerima dengan terpaksa kerana anak-anak sudah saling menyukai. Restu keluarga ini adalah satu perkara yang penting dalam rumahtangga, kerana ia adalah satu permulaan kebahagiaan malah hidup yang lebih diberkati kelak.



2. Sikapnya itu sendiri.

Bagaimana sikapnya terhadap anda? Bahagia sahaja tidak mencukupi kalau sikapnya terhadap anda tidak menyenangkan hati. Jangan pilih pasangan yang suka mengeluarkan kata-kata kesat, suka gunakan kekerasan, dan mudah berbohong. Jangan kerana rasa sayang, anda menutup mata untuk melihat keburukannya yang sudah jelas. Kelak ia akan memberi kesan pada rumahtangga anda.



3. Kemahuan diri.

Adakah dia ini orang yang betul-betul anda mahukan? Jika anda memilih dia sebagai pasangan hidup, pastikan bahawa anda yakin dengan pilihan anda. Bukannya anda pilih ini tetapi masih ada pilihan lain yang difikirkan. Ini kerana, perkara sebegini akan memberi kesan selepas berkahwin, jadi fikirkan adakah dia ini sebenar-benar yang anda mahukan.

4. Tahu serba sedikit ilmu perkahwinan.

Tak perlu lengkap untuk ketahui mengenai ilmu perkahwinan, tetapi cukup kalau tahu serba sedikit. Yang suami tahu akan erti tanggungjawan dan nafkah, yang isteri juga tahu akan taat dan bimbingan suami. Bila masing-masing tahu akan perkara ini, lebih mudah buatnya untuk memudahkan segalanya.

Perkahwinan itu bukan hanya kerana dasar cinta dan sayang sahaja, tetapi ia perlu disertakan dengan kita tahu erti tanggungjawab. Jangan hanya keran kita cinta dengan dirinya membuat kita ambil keputusan terburu-buru tanpa memikirkan akan diri kita sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,523 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen