Kalau Lepas Putus Cinta, Korang Jenis Cepat Move On Ke Tak? Baca Ini Kalau Nak Tahu.

 

Bagi sesetengah orang, putus cinta itu adalah hal yang sangat melukakan hati. Ada yang merasakan dunia mereka bakal berakhir apabila hubungan dengan pasangannya terputus. Sebenarnya bukan hanya putus cinta sahajam tetapi jika berlakunya penceraian atau perpisahan daham hubungan.

Kadang kala hubungan yang bertahun-tahun itu tidak menjamin sebuah kepastian, malah ramai sahaja yang terputus ditengah jalan. Ada juga sudah bertunang, tinggal sedikit hari lagi nak berkahwin tetapi pertunangan terpaksa diputuskan disebabkan orang ketiga.

Ujian untuk berjumpa seseorang yang tepat bukan hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup, tetapi ia kemungkinan akan berlaku berulang kali dalam hidup. Kecewa, putus asa, itu adalah lumrah dalam perpisahan yang menyakitkan.



Namun begitu, adakah kita ini dikalang mereka yang kuat dan pandang ke depan?

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bukan, mana tidaknya ada orang dia tak kisah pun kalau berlakunya perpisahan dalam hidup mereka. Bagi mereka, adat pertemuan aka nada perpisahan.

Anda seorang yang kuat atau tidak? Jom baca ini.

1. Boleh menjadi kawan dengan bekas kekasih.

Pasti ramai yang akan menolak perkara ini bukan? Mana tidaknya, berkawan dengan bekas kekasih itu umpama kita meneriam tindakan yang mereka lakukan ke atas kita. Tak ramai yang boleh melakukan perkara ini, malah rata-rata pasangan yang berpisah hanya memilih untuk tidak kenal antara satu sama lain berbanding untuk menjadi rakan.



2. Tidak megenang kenangan lalu.

Buat mereka yang kuat ini, sudah tentu tidak mengharapkan lagi pada orang yang tidak sudi. Malah nak kenang kenangan lalu pun belum tentu dirinya mahu lakukan. Bagi mereka, kenangan yang pahit bukan untuk satu dikenangan sehingga memusnahkan diri sendiri.

3. Tidak membalas dendam.

Apabila dicurangi dan disakiti itu adalah perkara yang melukakan hingga ia boleh minumbulkan rasa dendam tetapi, buat mereka yang kuat membalas dendam itu bukan bererti segala kesakitannya akan hilang malah hanya menambah sakit hatinya. Dirinya hanya membiarkan masa yang menentukan segalanya.



4. Tidak merayu untuk kembali.

Untuk apa memaksa orang yang sudah tidak sudi untuk bersama kita. Lebih baik kita teruskan hidup bersama orang yang lebih tahu untuk menghargai. Nampak macam mudah, tapi hanya orang yang kuat je mampu lakukan.

5. Merasakan ada hikmah disebalik semua ini.

Setiap kelukaan itu sudah tentu ada kebahagiaan yang menanti, mereka percaya bahawa jika hari ini mereka terluka, tentu akan digantikan dengan sebuah kebahagiaan kelak. Sebab itu mereka tidak meratapi apa yang melukakan hati mereka.

Tak ramai yang boleh buat seperti ini, hanya mereka yang betul-betul kuat sahaja mampu melakukannya. Kalau kita tidak mampu untuk menjadi seorang yang kuat, tak menngapa. Biarkan masa yang menyembuhkan luka yang ada.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen