Yang Nak Kahwin, Dah Ready Ke Nak Jawab Soalan Cepu Mas Tok Kadi. Haa.. Ini Ada Soalan Bocor Yang Boleh Korang Cuba.

 

Yang nak kahwin itu dah buat persiapan yang lengkap ke? Kalau yang perempuan boleh je relax lagi sebab yang nak akad nikah ini orang lelaki. Jadi yang banyak bedebar itu mestilah lelaki kan. Bukan berdebar sebab nak pikul tanggungjawab sangat pun, tapi lebih takut kalau kena akad nikah banyak kali lafaz.

Perkara ini biasa sangat dah, tapi sebenarnya yang lebih mendebarkan adalah soalan cepu emas tok kadi. Alahai, kalau anda ustaz atau orang yang mahir ilmu agama tentu kacang je soalan sebegini, tapi kalau jenis yang darah gemuruh ini pun boleh naik cemas nak jawab.

Sangat beruntung kalau dapat tok kadi yang tak menyakat, tapi memang tak boleh larilah kalau dapat tok kadi yang banyak tanya dan kuat menyakat ini. Kita dah takut, lagi bertambah-tambah takut dibuatnya.



Ada juga yang melarang tok kadi dari memalukan pengantin di depan khalayak ramai. Namun, kadang kala, soalan yang di tanya itu sangat penting untuk kemudian hari. Hal ini kerana tok kadi ingin memberi peringatan kepada bakal suami tentang pentingnya ilmu agama di dalam rumah tangga.

Ada sesetengah negeri mewajibkan bakal pengantin untuk menghadiri sesi temuduga bersama tok kadi sebelum mendapat surat kebenaran untuk berkahwin. Tetapi lain tempat, kadang-kadang proses nya sangat mudah dan tak perlu untuk soalan-soalan ini. Walaupun soalan nya nampak mudah, tapi kalau sudah gemuruh boleh jawabnya lain.



Disini ada beberapa soalan yang popular yang digemari oleh tok kadi untuk bertanya kepada bakal pengantin. Jadi, kepada yang belum berkahwin atau bakal berkahwin itu, boleh lah buat sedikit ulangkaji. Kadang-kadang kelekaan kita dengan dunia membuatkan kita lupa dengan perkara ini.

1. Dua kalimah syahadah beserta maksud:


2. Al-fatihah;


3. Istighfar;


4. Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh


Mengikut pandangan Mazhab Syafie qunut subuh dikira sebagai sunat ab’adh kerana selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w dan apabila meninggalkannya atau terlupa, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi dan tidak mengapa jika tidak melakukannya.

5. Rukun Iman

• Beriman kepada Allah S.W.T
• Beriman kepada Malaikat
• Beriman kepada kitab-kitab suci
• Beriman kepada para Rasul
• Beriman kepada hari akhirat
• Beriman kepada Qada’ dan Qadar

6. Rukun Islam

• Mengucapkan dua kalimah syahadah
• Mendirikan solat 5 waktu
• Berpuasa di bulan Ramadhan
• Menunaikan zakat
• Menunaikan haji bagi yang mampu

7. Rukun nikah

 Pengantin Lelaki

• Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
• Islam, baligh, berakal
• Tidak berada dalam ihram atau umrah
• Tidak dipaksa kahwin
• Tidak beristeri lebih dari 4 orang

 Pengantin Perempuan

 Islam
 Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
 Bukan isteri kepada seseorang
 Tidak berada dalam iddah

• Akad (Ijab & Qabul)

 Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
 Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
 Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
 Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.

• Wali

 Islam, baligh, berakal
 Merdeka
 Tidak berada dalam ihram atau umrah
 Bukan seorang lelaki yang fasik
 2 orang saksi
 Islam, baligh, berakal
 Merdeka
 Boleh melihat dan mendengar dengan baik
 Tanggungjawab wali bukan ke atasnya

8. Lafaz niat mandi hadas

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,580 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen