3 Penjelasan Kenapa Wajah Suami Isteri Boleh Jadi Hampir Sama.

 

Anda tentu pernah melihat pasangan suami isteri yang wajahnya hampir sama, seiras. Walaupun tidak seperti pinang dibelah dua, tapi mereka mirip dan punya aura yang sama. Dari aspek psikologi, ada alasan masuk akal atau logik kenapa wajah suami isteri boleh jadi hampir sama. Ini penjelasannya.



1. Hampir sama kerana kerap bersama.

Mengikut kajian psikologi, semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain. Sebagai pasangan, suami isteri ada banyak pengalaman dan kenangan bersama. Dari melakukan rutin harian sehinggalah makan bersama. Pengalaman-pengalaman sebegiinilah mengubah diri pasangan sedikit demi sedikit. Mereka juga ada kecenderungan untuk meniru atau mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik dari hal peribadi dan urusan seharian maka mereka akan semakin mirip antara satu sama lain.



2. Dari awal memang mencari yang mirip.

Sewaktu mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang memiliki persamaan dengan diri kita. Tak terkecuali aspek wajah dan penampilan. Biasanya kita akan melihat seseorang yang hampir sama dengan kita itu menarik. Otak juga punya peranan dalam hal ini. Sewaktu melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati padanya. Bahkan sesetengah wanita memang mencari pasangan yang mirip contohnya dengan ayah mereka. Dari sini dapat dibaca bahawa mereka memang mencari seseorang yang punya sedikit persamaan. Kalau dari awal sudah bertemu orang yang mirip, sudah tentu apabila menjadi suami isteri persamaan itu akan menjadi semakin jelas.

3. Emosi yang dirasa boleh ubah karakter wajah.

Psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Konsep itulah antara yang jadi jawapan kenapa ramai suami isteri yang wajahnya hampir sama. Social Facilitation adalah tindakan menunjukkan emosi atau reaksi yang berbeza antara waktu seseorang bersendirian dan sewaktu bersama orang lain. Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dalam pada itu katanya otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya. Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan memiliki kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau keduanya suka berbual, maka struktur pipi mereka akan ikut berubah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen