Eh, Yang Nak Kahwin Mesti Dah Berangan Nak Letak Nama Anak Apa, Ada Yang Plan Nak Letak Nama Anak Berdasarkan Nama Para Malaikat?

 

Bila dah ada angan-angan nak kahwin sudah tentu ada angan-angan nak letakkan nama anak pula. Haa, kalau yang dah berpasangan, tunang mahupun dah kahwin itu sudah tentulah dah mula tercari-cari nak letak nama apa.

kalau lelaki nak letak nama apa, begitu juga dengan perempuan. Malah ada sesetengah ibu bapa nak setiap anak mereka miliki huruf yang sama. Kalau yang sulung dah nama Ahmad, nanti sampai ke anak bongsu pun nak mula huruf A juga.



Itu belum lagi dengan ejaan ataupun lebih ke arah sebutan English. Kadang sampai nenak dekat kampung tak tahu nak panggil nama apa sebab berbelit lidah nak menyebutnya.

Letak nama anak-anak dengan nama nabi itu adalah perkara biasa, tapi bagaimana pula kalau letak nama anak dengan nama para malaikat, contohnya Jibril, Mikail dan sebagainya?

Ini penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan;

Menurut Imam al-Nawawi, mazhab Syafi’e dan jumhur ulama mengharuskan memberi nama anak dengan nama-nama para anbiya’ dan malaikat, dan tiada larangan yang tsabit daripada Nabi SAW berkenaan perkara ini. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 8/417) Imam al-Buhuti daripada mazhab Hanbali juga sependapat dengan mazhab Syafi’e yang menafikan kemakruhan menamakan anak dengan nama malaikat. (Rujuk Kasyaf al-Qina’ 3/27)



Namun terdapat juga para ulama yang memakruhkannya, antaranya ialah Imam Malik yang memakruhkan penggunaan nama Jibril. Imam Ibn al-Qayyim pula memakruhkan penggunaan semua nama malaikat, dengan berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Jarrad R.A:

صحبني رجل من مزينة فَأتى النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَأَنا مَعَه فَقَالَ يَا رَسُول الله ولد لي مَوْلُود فَمَا خير الْأَسْمَاء قَالَ إِن خير الْأَسْمَاء لكم الْحَارِث وَهَمَّام وَنعم الِاسْم عبد الله وَعبد الرَّحْمَن وتسموا بأسماء الْأَنْبِيَاء وَلَا تسموا بأسماء الْمَلَائِكَة قَالَ وباسمك قَالَ وباسمي وَلَا تكنوا بكنيتي
Maksudnya: Seorang lelaki dari Mazinah bersamaku, dan Nabi SAW datang sedang aku bersama rakanku itu, lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “apakah sebaik-baik nama?” Nabi SAW menjawab “sebaik-baik nama bagi kalian ialah al-Harith dan Hammam, dan dan seelok-elok nama ialah Abdullah dan Abdurrahman. Namakanlah anak-anak dengan nama para anbiyaa’, dan jangan namakan mereka dengan nama para malaikat. Kawanku bertanya lagi “bolehkah kami menggunakan nama kamu (wahai Rasulullah)? Nabi SAW menjawab “ya, kalian boleh menggunakan namaku, namun jangan kamu menggunakan kuniyah aku.”

Riwayat Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (5/35) dan Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (8268). Menurut Imam al-Bukhari dan Imam al-Baihaqi, terdapat sedikit perbincangan pada isnadnya. Syeikh al-Albani mengkategorikannya sebagai hadith yang teramat lemah (dha’if jiddan). (Rujuk Tuhfah al-Maulud, hlm. 119-120)



Imam al-Munawi turut menggunakan hadith ini dalam menyokong pandangan yang memakruhkan penamaan anak dengan nama malaikat. (Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir 4/113)

Menurut pandangan kami, mengambil kira larangan bersifat makruh oleh sebahagian ulama daripada menggunakan nama-nama khusus bagi malaikat seperti Jibril dan Mikail, maka kami juga berpandangan bahawa nama-nama tersebut adalah khusus bagi malaikat dan makruh untuk kita menggunakannya. Lebih-lebih lagi kita dapati tiada dalam kalangan para sahabat R.Anhum yang menggunakan nama tersebut.

Adapun bagi nama-nama seperti Malik, hukumnya adalah jelas akan keharusannya, dan kerana itu kita dapati sekian ramai para ulama yang menggunakan nama tersebut seperti Imam Malik bin Anas dan sebagainya.

Kesimpulan

Tuntasnya, menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama Malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.

Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.

Wallahu a’lam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen