Nak Miliki Hubungan Yang Bahagia, Jangan Pernah Ada Rahsia Antara Kalian.

 

Hubungan mana yang tidak akan dilanda badai, walaupun sebahagia mana pun hubungan tersebut tentu sahaja akan ada masa-masa yang tidak begitu menyenangkan. Semua hubungan sudah tentu akan berdepan dengan perkara sebegini, kalau hubungan itu bahagia sentiasa tentu ada rahsia disebaliknya.

Bukan pergaduhan besar yang perlu ada, tetapi salah faham sedikit yang mengganggu rasa cemburu pasangan kita. Kan orang kata rasa cemburu itukan tandanya sayang. Jadi tak salahkan kalau kita cemburu pada pasangan kita kerana sayang padanya.

Bahkan tak salah jugakan kalau berlakunya pertengkaran atau salah faham dalam hubungan?



Tapi apa pun yang terjadi dalam hubungan tersebut, tidak kiralah pergaduhan yang besar ataupun yang kecil, jangan sesekali mempunyai rahsia dengan pasangan kita. Ini kerana, rahsia yang ada itu ibarat bom jangka yang mungkin meletup lalu memusnahkan hubungan.

Kadang perkara tersebut kita rasakan tak perlu bagitahu pasangan, tapi lebih baik bagitahu dengan kadar segera walaupun segera kerana takut-takut yang kecil itu boleh menjadi sangat besar. Nak-nak lagi kalau pasangan kita dengar dari mulut orang lain. Makin teruk salah faham yang timbul nanti.



Tak hanya itu sahaja, rahsia ini juga boleh jadi bahan ungkitan apabila tidak diberitahu. Boleh jadi pasangan kita merasakan itu bukan satu hal yang remeh macam yang kita sangkakan, malah pasangan kita merasakan bahawa perkara ini adalah hal serius yang perlu dibincangkan dengan segera, tetapi sebabkan kita rahsiakan makai a menjadi satu hal yang lain.

Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah, dengan satu rahsia akan mula timbul rahsia yang lain. Macam dengan kebohongan, bila kita mula berbohong maka kita akan terus berbohong untuk menutupi perkara tersebut, sama sahaja dengan rahsia ini. Jangan sampai bila ia terbongkar ia menjadi masalah buat hubungan kita.



Tak salah untuk beritahu walaupun perkara itu kecil. Ini kerana, dengan perkara kecil ini kita akan dapatkan kepercayaan yang penuh daripada pasangan kita. Dalam hubungan ini kepercayaan itu tersangatlah penting untuk lalui hari-hari yang bahagia. Jadi kenapa perlu musnahkan kebahagiaan yang dibina?

Tak salah nak berahsia, tapi bukan dengan pasangan kita. Pasangan kita adalah orang yang akan berkongsi segala-galanya dengan kita, jadi kalau ada rahsia sudah tentu dirinya akan rasa terpinggir.

Hati-hati dalam berahsia, kalau nak bahagia jangan ada rahsia dari pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,617 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen