"Aku Yang Akhirnya Sudah Berhenti Berharap Terhadapmu..."

 

Aku tertanya-tanya mengapa begitu mudah bagimu untuk mengikat janji sementara aku masih di sini, melihat kau memusnahkan semuanya. Aku tertanya-tanya mengapa begitu mudah kau mengubah kebenaran menjadi kebohongan sementara aku setia dan percaya terhadap semua itu.

Aku tertanya-tanya mengapa begitu mudah untukmu membakar jambatan sementara aku dengan sabar membinanya untuk kita ke sana. Dan aku tertanya-tanya mengapa agak mudah untuk kau berubah, berubah seperti ais paling sejuk sedangkan aku masih teguh menghidupkan kehangatan cintaku untukmu.



Aku bertahan lama kerana aku masih percaya pada kebersamaan kita, keserasian kita. Aku bertahan lebih lama daripada yang sepatutnya kerana aku masih berharap sesuatu pasti berubah satu hari nanti.

Kau mengajar aku bagaimana untuk memungkiri janji yang seteguhnya aku jaga. Kau memaksa aku untuk menyedari bahawa cinta bukanlah sesuatu yang perlu dipertahankan lagi. Kau memaksa aku untuk mempercayai bahawa cintamu hanya kegilaan sementara sahaja, ia meletus seperti gunung berapi lalu menyusut dan terbakar menjadi abu.



Dan di sini aku, akhirnya memilih diri sendiri berbandingmu. Di sini aku, akhirnya jatuh cinta dengan kehidupan tanpa kau di dalamnya. Di sini aku, akhirnya berhenti berharap terhadapmu..

Inilah aku yang membiarkan kau pergi kerana kau membuatku sedar bahawa aku berhak mendapat yang terbaik dan aku berhak menerima seseorang yang merancang masa depan denganku. Aku membiarkanmu pergi kerana aku telah menjadi pilihan sementaramu.

Inilah aku, ingin memberitahumu bahawa aku tidak memberimu peluang lagi. Aku hanya akan memberikannya kepada seseorang yang berusaha dan sanggup memberi cinta yang patutnya aku terima.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen