Jadi Isteri Nanti, Kena Rela Untuk Berkorban. Terutama Korban Perasaan.

 

Dalam jalani hidup sebagai seorang isteri, suamilah yang paling banyak akan menguji isteri. Dengan sikap-sikap yang tak terduga malah kadang tak terkata dengan apa yang dilakukan. Tak hanya itu sahaja, kadang isteri jugalah yang kena banyak berkorban agar rumahtangganya lebih bahagia.

Malah kadang nak capai rasa bahagia dan selesa itu sendiri pun isteri yang kena berkorban dahulu barulah semuanya menjadi macam apa yang diharapkan.

Dalam rumahtangga ini, terlalu banyak isteri berkorban, seperti perkongsian Nur Farhana Fizal ini apa yang isteri korbankan hari ini menjadi satu syarat untuk mendapatkan syurga.



Berkorban. Banyak yang kita boleh tafsirkan makna korban ini kepada peribadi kita masing-masing, pada kehidupan yang kita lalui setiap hari.

Dan pastinya, kita punya makna tersendiri, dalam diri, dalam hati, dalam jiwa kita masing-masing. Apa yang kita korbankan, dan apa yang terkorban.

Untuk saya, menjadi isteri, adalah aspek paling besar dalam erti korban. Berkorban perasaan dan mujahadah nafsu lah yang paling utama dalam hidup saya sebagai isteri.

Terkorban perasaan dalam menjadi isteri itu, memang salah satu ujian dan syarat mendapat syurga. Mendidik nafsu dengan menyakitkannya, memang fitrah untuk nafsu kita tunduk.



Memaknai erti korban yang sebenar, dengan menelusuri segala sirah figura wanita hebat dalam berkorban seperti Saidatina Khadijah r.a buah hatinya Rasulullah, Saidatina Siti Hajar isterinya Nabi Ibrahim, Maryam a.s ibunya Nabi Isa, Asiah isterinya firaun, akan sangat membantu melembutkan jiwa kita, dan melapangkan dada kita, bahawa pengorbanan kita masih kecil berbanding mereka.

Jika ditanya apakah ubat hati dan jiwa saya tatkala saya jatuh tersungkur dek nafsu menggila, saat emosi tertutup dengan hasutan kasar agar saya menyerah, inilah jawapannya.

Bait-bait sirah wanita mulia yang Allah ceritakan di dalam Al Quran mahupun melalui lidah Rasul Mulia, juga kitab-kitab sirah para Anbiya dan para solehin sebelum kita, itulah peneman kala luka dan air mata singgah dan menyapa.

Kawan-kawan isteri, menjadi isteri ini bukanlah bermaksud kita setiap saat makan hati. Namun, bagaimana kita sebagai seorang perempuan yang Allah takdirkan bergelar isteri, bijak memaknai erti perjalanan dan perjuangan mendapatkan syurga melalui tiket keberkatan suami.



Jadikanlah sirah pengorbanan wanita-wanita agung ini sebagai salah satu pil kebahagiaan kita menjadi isteri. Jadikanlah kehidupan mereka figura isteri-isteri hebat ini sebagai ubat cinta kita buat Allah Tercinta dan Rasul kesayangan kita. Sebagai bukti, kita benar-benar meletakkan jiwa kita, untuk mendapat Cinta Allah dan Rasul ini.

Kawan-kawan isteri, berkorban dalam menjadi isteri ini, natijahnya sangat pasti bukan di dunia fana ini. Berkorban dalam menjadi isteri ini, janji yang Allah berikan adalah, di sana nanti. Di mana, isteri yang taat dan solehah, keistimewaan untuk kita memilih mana-mana pintu syurga yang kita inginkan.

Ayuh! Ayuh kita duduk sebentar, sejenak merenung, adakah aku ini benar-benar ingin menjadi sebagaimana yang Allah dan Rasul inginkan?

Ubat kita? Pil cinta kita? Iya, segeralah kita mencarinya, berdamping dengan sirah wanita-wanita agung ini, agar kita kembali hebat dan kuat dalam menjadi isteri yang dirindui dan dicintai Allah, Rasul dan pastinya suami-suami kita.

Salam Aidil Adha buat semua kesayangan dan kecintaan Allah dan Rasul.

Fahana Fizal,
Isteri yang setiap saat masih mencuba dan belajar menjadi isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,823 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen