Kalau Saling Tak Berkira Antara Suami Isteri, Jangan Terkejut Kalau Rezeki Melimpah Ruah Tiba-Tiba.

 

Hidup sebagai suami isteri ini perlu ada ketika susah dan senang. Jangan terlalu berkira dengan apa yang kita ada tetapi lebih berkongsi apa yang kita ada. Kadang kala suami aka nada rezeki lebih, begitu juga dengan isteri. Bahkan boleh jadi isteri sedang senang hati dapat bonus tetapi suami pula berwajah muram.

Sebagai suami isteri, perlu saling melengkapi dan bersabar dengan ujian rumahtangga. Jangan berkira walaupun sedikit pun berkenaan wang, anak-anak, tugas melakukan kerja rumah atau apa pun. Sama-sama pikul malah hadapi bersama-sama.



Nak rezeki dalam rumahtangga tak surut, meh kita sama-sama hadam perkongsian Rosmarlina Binti Abd Gani ini.



*amaran... Coretan agak panjang harap sudi baca sampai habis

Pesanan Untuk Isteri dan Suami untuk membentuk Rumahtangga Bahagia.

UNTUK ISTERI

1. Jangan berkira dgn suami sendiri.

Bantu mana yang perlu, supaya berat sama dipikul ringan sama dijinjing dan lakukan semua itu niat kerana Allah Taala.

Contoh Pertama

Nampak suami lepas makan lupa nak basuh pinggan n cawan sendiri, kita bangun basuhkan, niat kerana Allah Taala, nampak simple tapi banyak pahalanya.

Boleh je kita kata pada suami, basuh lah pinggan n cawan tu bukan banyak pun, tapi kita tak berkira pun. Terus aja basuhkn. Sebagai isteri boleh je kita nak membebel ke, nak marah ke sbb bende kecik ni pun boleh jadi Isu kan. Tapi Allah nak datangkan pahala tu pada pinggan yang kita basuh utk suami kita.

Contoh ke-2

Didalam situasi memberi hutang pada suami, kita ada duit or gaji sendiri, tiba2 satu bulan tu kereta rosak dan perlu kos yang tinggi, suami pun minta bantuan tampung sedikit, kalau jenis nak berkira, boleh aja kata tak mahu kasi pinjam, namun sebalik rezeki kita dapat tu kita kena fikir ada rezeki orang lain juga.

Sama2 meringanakan beban, pasti lepas tu suami akan nampak pengorbanan kita dan sikap tak berkira tu.

2. Tenung wajah suami bila dia sedang lena tidur.

- Wajah sedang tidur itulah wajah paling jujur, disebalik penat berkerja seharian utk isteri n anak2, masa nilah kita sebagai isteri doa banyak2 supaya Allah jagakan suami kita, panjangkan umurnya dan berkatilah Rezeki yang dibawa utk kita.

- Lihat Wajah suami dengan penuh kasih sayang, pahala berganda juga kita akan dapat, subhanallah.

3. Salam suami erat2 setiap kali dia keluar rumah.

- Kita tak tau banyak mana atau lama mana kita ada masa denga suami kita, masa suami nak keluar rumah salam erat2 n cium tangan suami dan doakan yang baik2 utk suami dan doakan supaya selamat pergi n balik ke rumah.

- ucap Alhamdulillah jika suami selamat pulang ke rumah.

4. Hargai Bicara Cinta dalam pelbagai cara.

- Ada Suami tidak pandai berkata2 indah atau guna ayat jiwang utk gembirakan isteri, namun kita sebagai Isteri kena peka bicara cinta

" SENYAP" itu, bicara cinta tanpa kata2, namun dengan perbuatan " ACTION".

Contoh

- bawa keluar jalan2, belikan makanan feveret isteri, ehsan pada isteri dengan menolong buat kerja rumah atau jagakan anak2. Beri Hadiah Hari jadi dan lain2.

5. Jaga baik-baik, jika dapat suami ringan tulang membantu kerja2 rumah, kerana spesis ini sangat 'Rare' sekarang.

6. Berterus terang jika ingin kan pertolongan suami, jangan guna ayat berkias2 , cakap aja direct supaya suami jelas n paham.




UNTUK SUAMI

1. Suami kena faham atau redho layanan sebelum ada anak, dan selepas ada anak 1, 2, 3 atau 4 akan berbeza sedikit, kerana tugas n tggjawab isteri dah makin berat n besar.

Jangan bandingkan masa baru khawin dan situasi sekarang kerana anda akan memburukkan lagi keadaan dan akan membuat isteri makin stress dan makin down.

2. Jaga baik-baik isteri anda, jika isteri itu sanggup bersusah payah lahirkan anak yang ramai utk suami. Pengorbanan paling besar oleh isteri sebab melibatkan nyawa.

3. Bersabar dengan isteri yang kadang2 kurang akalnya ketika marah dan sangat penat, isteri tidak akan tarik muka atau marah2 jika suami pandai 'tackle' mood isteri. Sesungguhnya isteri juga tahu erti Penat dan Isteri juga tidak lepas dari berbuat silap.

4. Tegur isteri dengan kata2 nasihat yang lemah lembut dan bukan tegur dengan kasar depan anak2.

5. Pandai UP ( puji) isteri depan anak2 supaya anak2 punya persepektif yang baik ttg ibunya. Sekali suami puji percayalah satu hari tu isteri akan baik mood nya.

Sesungguhnya mood ceria di dalam rumah itu banyak pergantungan nya pada mood seorang isteri/ibu.

6.Jangan down kan isteri atau kutuk isteri depan anak2. Ni sgt deep, jangan buat isteri terasa hati sebab isteri akan rasa down dan sedih serta x mustahil isteri akan berendam air mata.

7.Jangan beratkan tugas isteri, kena masak nasi panas2, lauk kena lain2 tiap2 kali makan. Bertolak ansurlah bab makan2 ni, jika ada lauk lebih boleh saja dipanaskan lagi dan isteri tidak perlu memasak terlalu kerap.

Sangat membantu jika isteri bekerja atau sibuk dengan anak yang masih kecil.

Pesanan utk Suami/Isteri

Jangan pernah ungkit atau bandingkan siapa lebih penat uruskan keluarga, sesungguhnya suami atau isteri itu ada tanggungjawab dan ada pengorbanan masing2.

Bahagia itu terletak di tangan anda sendiri dan semua itu datangnya dari Allah SWT.

Sebaik-baik suami adalah suami yang indah akhlaknya pada isteri dan anak2.

Dan.....

Sebabkan Nabi Muhammad SAW pernah berkata wanita lebih ramai di dalam Neraka Jahanam, Nabi berpesan 2 perkara

1 .Banyakkan Isghtifar ( bertaubat)
2. Banyakkan Sedeqah

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan, gaduh sikit2 tu biasalah takkan nak elok aja, suami/ isteri itu adalah hadiah yang terbaik untuk kita, Allah dah tetapkan. Hargailah selagi ada didepan mata.

Peringatan buat saya sendiri dan mungkin utk anda di luar sana juga. Insyaallah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen