Lumrah Perkahwinan Tak Selalunya Aman Damai, Tapi Bila Bergaduh Jangan Tak Nak Bertegur Sapa Pula. Nanti Masalah Lambat Selesai.

 

Adat sebuah perkahwinan, ada pasang surutnya. Kejap baik kejap bergaduh. Kadang benda kecil macam berebut selimut pun boleh jadi pergaduhan. Itu belum lagi kalau melibatkan perkara-perkara yang serius. Tapi itulah nama ragam rumahtangga yang menjadi bunga dalam perkahwinan.

Kalau tak ada semua ini, belum tentu lagi kita boleh kenal siapa pasangan kita. Dengan salah faham ini juga kita boleh lahirkan rasa sayang rasa dan rasa rindu dekat pasangan. Rasanya tak sama macam masa bercinta, bila dah kahwin rasanya tersangat berlainan.



Tapi jangan pula kita sampai tak bertegur siapa pula dengan pasangan kita. Itu semua sebab kita pentingkan ego kita. Ego ini tak akan membawa kebahagiaan pun pada hubungan kita, malah kalau tak pandai kawal dengan betul ia mampu merosakkan hubungan yang terbina.

Tapi macam yang Firdaus Shakirin ini kongsikan memang banyak betulnya. Kalau dua-dua tak nak bercakap dan bertegur sapa macam mana nak dapatkan hubungan yang bahagia.

Lumrah perkahwinan...

Bergaduh, bermasam muka, berselisih faham, merajuk dan sebagainya...tapi tapi akan membuatkan perkahwinan itu bertahan lama adalah terletak pada siapa tapi sanggup menurunkan egonya dan bertindak seperti biasa, seolah-olah tak pernah jadi apa-apa antara kedua-duanya...

Kalau dua-dua berkeras, dua-dua berdiam diri, dua-dua tak nak bercakap, dua-dua kunci diri dalam bilik, maka masalah tak akan selesai...



Perlu ada tapi memulakan perbualan...perlu ada tapi mengurangkan ketegangan...perlu ada tapi act like usual...

Hidup berumahtangga ni tak selalunya aman damai...pasti ada sesuatu tapi boleh membuatkan kita berselisih faham, bergaduh atau bertikam lidah dengan pasangan...

Hadapinya dengan berhemah dan bersabar...mengalah tak bererti kita salah, mengalah tak bermaksud kita lemah...adakalanya mengalah itu dapat menamatkan sebuah perbalahan...adakalanya mengalah itu sebagai jalan untuk kita tak nak memanjangkan pergaduhan...

Nota kaki : Tak baik, tak elok dan tak sihat untuk bermasam muka lama-lama dalam rumahtangga...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen