Bila Hati Dah Berkenan, Siang Malam Mula Terbayang. Tak Salah Kalau Orang Perempuan Mulakan Langkah Dahulu Dengan Meminang Lelaki. Ini Cara Yang Disyorkan.

 

Bila hati sudah berkenan dan yakin bahawa dia adalah jodoh sebenar kita, yang kita tunggu-tunggu selama ini. Tak salah rasanya kalau kita memulakan langkah dahulu, tetapi kita ini wanita, tak apa ke kalau mulakan langkah dulu?

Kalau ikut adat melayu memanglah akan dikatakan kita ini bagaikan perigi mencari timba tapi kalau ikutkan ajaran Islam, tak salah jika wanita nak pergi meminang orang lelaki. Wanita yang bertindak begitu akan dianggap sebagai rendah sahamnya, kurang sifat malu dan sebagainya dalam masyarakat kita.

Kalau bercakap mengenai ini, kita akan segera mengambil contoh Saidatina Khadijah R.A. yang melamar Rasulullah S.A.W. untuk dijadikan suaminya. Tetapi umum mengetahui Saidatina Khadijah R.A. menggunakan perantaraan dan tidaklah meluahkan hasrat hatinya sendiri secara terus terang kepada Rasulullah.



Cara melamar lelaki yang disarankan

Melamar lelaki sebenarnya adalah perkara yang agak berat untuk dilakukan bagi seseorang yang bergelar perempuan, namun dalam Islam ianya tetap dibenarkan asalkan menjaga maruah dan kehormatan wanita tersebut. Saya membahagikan cara melamar lelaki untuk perempuan kepada dua bahagian. Pertama ialah secara terus terang kepada lelaki berkenaan dan keduanya ialah melalui orang tengah atau perantaraan.

Lamaran secara ‘terus terang’

Berterus terang secara ‘direct’ bukanlah sesuatu yang baru di dalam masyarakat Islam pada hari ini. Bahkan cara ini pernah dilakukan oleh seorang wanita pada zaman Rasulullah S.A.W. kerana wanita tersebut berkenan dan ingin berkahwin dengan Rasulullah S.A.W. 

Menyampaikan lamaran secara ‘direct’ sebenarnya memerlukan keberanian yang tinggi. Jika anda tidak berani untuk menanggung risiko ditolak, maka saya tidak menyarankan anda menggunakan kaedah ini. ‘Direct’ bukanlah bermaksud anda mesti berhadapan atau berjumpa dengan calon lelaki tersebut. Boleh jadi anda hanya menyampaikan hasrat anda melalui email, sms, media sosial dan juga menerusi perbualan telefon.



Jika anda seorang yang mampu menerima risiko dan berani, silakan guna cara ini. Tidak ada kesalahan pun melakukannya. Bahkan melamar lelaki soleh dan yang kita yakini baik akhlaknya adalah merupakan perbuatan terpuji kerana menginginkan suami yang soleh bagi membimbing dirinya ke syurga.

Kisah seorang perempuan melamar Rasulullah S.A.W.

Kisah seorang wanita yang melamar ‘direct’ kepada Rasulullah S.A.W. seperti yang saya nyatakan tadi adalah seperti berikut:

Ia diceritakan oleh Anas R.A. di dalam hadis riwayat Imam Bukhari ketika Anas R.A. berada bersama Rasulullah S.A.W, dan anak perempuan Anas juga ada bersama mereka, datang seorang wanita kepada Rasulullah S.A.W. lantas bertanya :

“Wahai Rasulullah S.A.W, adakah engkau mahukan aku ( sebagai isterimu )”.

Anak perempuan Anas R.A. lantas berbisik kepada ayahnya : “Bagaimana dengan wanita ini, tidakkah dia malu melamar begitu kepada Rasulullah S.A.W. Tidakkah dia punya harga diri.”

Lalu Anas R.A berkata : “Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Seorang ulamak yang bernama Syeikh Badruddin Mahmud Al-Aini telah memberi ulasan mengenai hadis ini. Katanya:
Kata-kata Anas R.A kepada anak perempuannya menunjukkan bahawa harus seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi oleh seorang lelaki yang soleh, dan diketahui bahawa wanita itu melamarnya kerana kesolehan dirinya atau kerana kemuliaan dirinya, atau kerana nilai-nilai beragama yang wujud pada dirinya, dan itu tidaklah mencacatkan maruah wanita tersebut bahkan menunjukkan kepada ketinggian jiwa wanita tersebut.
(Umdatul Qari ala Syarh Al Bukhari)



Lamaran melalui perantaraan

Kaedah yang kedua adalah melalui perantaraan atau menggunakan orang tengah. Mereka yang menjadi orang tengah mestilah memiliki sifat amanah dan ‘Thiqah’ (boleh dipercayai). Kaedah ini jugalah yang digunakan oleh Saiditina Khadijah R.A. bagi melamar Rasulullah S.A.W. dengan menggunakan orang tengah yang bernama Nafisah iaitu merupakan teman baiknya.

Wakil perantara sebenarnya boleh sahaja terdiri daripada kalangan ahli keluarga kita sama ada ibu dan bapa, saudara atau sesiapa sahaja yang kita percaya kepadanya. Mungkin juga anda boleh memilih teman atau sahabat rapat yang amanah dan boleh menjaga rahsia. Tugas perantara ini adalah untuk menyampaikan hasrat anda untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.

Kaedah ini adalah lebih baik pada pandangan saya dan ia sebenarnya lebih menjaga maruah wanita terbabit sekiranya lamaran mereka ditolak. Jika seseorang wanita sudah bertemu dengan calon pilihan hati dan berkenan dengan seseorang lelaki yang baik pada pandangan mereka namun hanya memendam perasaan, saya sarankan untuk menggunakan kaedah orang tengah ini.

Jangan bimbang akan istilah pergi mencari timba itu, kerana itu hanya kata-kata yang telah dimomokkan kepada kita sejak dari kecil lagi. Jika kita berkenan terhadap seseorang, tak salah untuk kita memulakan dahulu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen