Isteri Yang Taat, Akan Tahu Menghormati Suaminya, Suami Yang Penyayang Tahu Hormati Isterinya. Ini Ciri Pasangan Bahagia.

 

Dalam hubungan suami isteri, bukan hanya isteri saat yang perlu menghormati suaminya, tetapi suami juga bergitu juga. Kalau masing-masing tidak tahu menghormati antara satu sama lain, sudah tentu ia hubungan sukar untuk kecapai bahagia, malah anak-anak juga tidak tahu hormati ibu bapanya.

Bukan hanya isteri sahaja yang kena tahu hormat suami, tetapi suami juga kena tahu hormat isteri. Hormat dirinya sebagai seorang ibu kepada anak-anak kita, hormat diri sebagai isteri kepada kita sendiri. Kalau kita tak hormat isteri kita, maca mana kita nak isteri kita hormat pada diri kita?



5 cara untuk suami tunjuk rasa hormat pada isteri.

Biasa kita sembang hal isteri kena hormat pada suami. Kan? Kali ini kita sembang hal sebaliknya, cara suami nak hormati isteri.

1. Suami kena bercakap lemah lembut pada isteri. Iya, sekali pun suara kalian garau dan tebal, kena bercakap dengan tenang. Terutama ketika suami nak minta sesuatu daripada isteri, perlulah dengan lemah lembut.

2. Panggil isteri dengan panggilan yang mesra. Guna nama yang isteri suka kita panggil. Sayang, ucuk acam, cinta atau mungkin nama istimewa yang kalian boleh beri untuk isteri.

Usah menjerit atau gunakan kata-kata kesat. Itu akan melukakan hati isteri sekali pun mereka membalas panggilan suami dengan senyuman.



3. Kalau kalian berdepan ujian yang menimbulkan konflik antara kalian dengan isteri, jangan pernah kalian membuka aib isteri. Baik suami sebut terus ke isteri atau lagi teruk pergi bercerita ke kawan-kawan.

Berdepan konflik, kita kena tenang dan bertindak bijak. Letak tepi semua kepentingan diri. Ingat, isteri itu separuh jiwa kita.

4. Dalam kehidupan seharian, elakkan menyindir. Perempuan ini makhluk pelik, terutama soal perasaan. Kita yang lelaki ini kadang susah nak faham bolak balik perasaan isteri.

Maka isu-isu sensitif jangan buat main. Soal kelemahan atau perkara yang isteri tak suka jangan buat gurau. Saiz badan, bentuk muka, cantik atau tidak ini antara yang kena hati-hati. Huhu.



5. Banyakkan berbincang dengan isteri. Tak kiralah hal yang pada kau kecil, bincanglah dengan isteri. Ini akan menunjukkan yang kau sangat perlukan dia setiap masa.

Suami akan buat isteri rasa diri dia penting. Inilah istimewanya. Inilah perasaan cinta. Ewahh.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Suami Farhana. Huhu

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen