Mungkin Jodohmu Bukanlah Dengan Orang Yang Ada Dalam Doamu, Tetapi Kuatnya Doa Orang Yang Mendoakanmu Untuk Menjadi Jodohnya.

 

Adakala kita sentiasa meminta kepada Sang Pencipta supaya dijodohkan dengan pilihan hati kita. Kekasih kita. Maka kita sebut namanya di dalam setiap doa kita, berharap semoga dipanjangkan hubungan sehingga ke jinjang pelamin, membina hidup bahagia bersamanya, percaya bahawa si dia adalah cinta sejati dan abadi.



Namun tahukah anda, adakala dalam diam ada orang lain yang mendoakan supaya anda menjadi jodohnya. Jika doanya lebih kuat, dan diperkenankan oleh Allah, maka tiada yang mustahil bagiNya, sedang dia suka akan hambaNya yang kuat berusaha, kemudian tawakkal kepadaNya. Boleh jadi dialah jodoh anda, yang terbaik untuk anda, yang diredhai oleh Allah, sesungguhnya Allah yang mencipta kita, hati kita, dan bila-bila masa Dia boleh membolak balikkan hati kita.



Jangan pernah putus berdoa terhadap apa yang kita mahukan, kalau dia yang kita mahukan. Maka titipkan setiap namanya di dalam doa kita ini. Jangan pernah sekali pun melupakannya.



Sesungguhnya Allah maha tahu sedang kita tidak tahu. Tiada yang mustahil bagi Allah. Jika sudah bertahun bercinta dengan si dia, tetapi sekelip mata berubah hati dan hadir insan lain, nescaya ada hikmah disebalik kejadian, panjatkan doa mohon petunjuk daripadaNya. Buatlah keputusan yang memuaskan hati semua pihak terutama hati sendiri tanpa mengetepikan ibu bapa. Ingatlah bahawa redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa kita.

Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah, tetapi andai kita berusaha dan berdoa untuk memiliki apa yang kita inginkan tanpa jemu dan letih, pasti Allah akan perkenankan doa kita itu. Jangan mudah mengalah atau mudah berserah. Ingat setiap mereka yang berusaha itu sudah tentu akan ada hasilnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen