Jangan Kecewa Kalau Kita Tak Dapat Memiliki Cinta Si Dia, Tapi Berusaha Untuk Cari Cinta Yang Lebih Menghargai Darinya.

 

Setiap manusia dilahirkan dengan perasaan cinta dan sayang, ia sudah tertanam sejak azali lagi. Fitrah seorang manusia memiliki perasan ingin mencintai dan dicintai. Namun, tak semua yang kita cintai itu pasti menjadi milik kita. Adakala ianya cuma ujian untuk menguji keimanan dan sejauh mana kita percaya akan kewujudan cinta sejati.



Beruntunglah bagi sesiapa yang mencintai dan dicintai oleh orang yang sama. Bermakna cintanya berbalas. Perasaan terharu apabila cinta dibalas cinta adalah sukar digambarkan dan sangat bermakna bagi seseorang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memulakan langkah, atau dengan kata lain, mereka yang luahkan dahulu. Pastinya debaran kian berapi sementara menunggu jawapan, apakah si dia memilik rasa yang sama atau sebaliknya.



Lain pula bagi mereka yang mencintai tapi tak memiliki. Maknanya dia seorang sahaja yang merasakan hal itu, orang yang dicintainya tidak merasakan hal yang sama. Benar kita tidak boleh memaksa rasa cinta itu hadir untuk kita, namun kita perlu terima hakikat yang cintanya bukan buat kita. Mungkin sudah tertulis anda juga sebenarnya bukan untuknya. Usah bersedih kerana setiap yang pahit pasti dihujungnya terbit kemanisan.



Sesungguhnya Allah itu maha Adil. Dia menciptakan hambaNya berpasang pasangan. Jika jodohnya bukan di dunia, pasti di akhirat sana. Sebagai hambaNya, bersyukurlah kita seadanya, yakinlah bahawa ada insan lain yang lebih tulus mencintai anda. Meski insan yang anda cintai tidak pernah membalas.

Jangan kecewa jika kamu tidak dapat memiliki cinta itu, kerana cinta yang sebenar dan lebih menghargai kamu akan datang saat tepat pada masanya. Jangan letih untuk berdoa agar seseorang yang mengharapkan cinta dari mu itu adalah orang yang sebenar dan selayakkany agar tiada hati yang terluka.

Ingat setiap orang di dunia ini berpasang-pasangan, jangan pernah letih untuk mencari pasangan kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen