Bukan Nak Memikat Je Perlukan Taktik Yang Betul Tapi Nak Bergaduh Dengan Pasangan Pun Perlukan Strategi Yang Hebat. Barulah Hubungan Rasa Terjamin.

 

Bukan nak pikat hati pasangan nak kena ada taktik, nak bergaduh pun ada taktik sebenarnya. Ingat tak masa mula-mula nak pikat hati antara satu sama lain, macam taktik yang digunakan sebab nak menangi hati dia. Tapi bila dah dapat, tak akan nak biarkan je, tak akan tak nak jaga pula.

Dalam perhubungan ini ada pasang surutnya, tak bolehlah nak sentiasa bahagia je, sekali sekala kenalah ada masam muka, merajuk serta bertengkar sedikit. Barulah hubungan itu lebih meriah dan berseri dengan pelbagai ragam.

Selalunya kita pandang negatif bila sesuatu pergaduhan atau salah faham ini sedangkan ada kebaikan disebaliknya. Menurut Mohd Fhais, kebaikan bergaduh secara sihat ni dapat menjernihkan keadaan, menguatkan hubungan dan buat kita jadi lebih matang.



5 Strategi Bergaduh Secara Sihat Dengan Pasangan

Hubungan tanpa pertengkaran sangat susah nak jumpa. Kalau ada pun mesti salah seorang dari mereka ada memendam perasaan.



Kebaikan bergaduh secara sihat ni dapat menjernihkan keadaan, menguatkan hubungan dan buat kita jadi lebih matang.

5 strategi itu ialah ;

1 - Kena letak mindset bahawa bergaduh bukan untuk cari siapa betul siapa salah tapi nak selesaikan masalah sebelum ia merosakkan hubungan.

2 - Tak usah fokus mengubah diri pasangan tapi mula kawal diri sendiri. Bertanggungjawab pada setiap perkataan yang keluar dari mulut sendiri ketika bergaduh.

3 - Berani nengaku bergaduh sebab apa. Masalah sebenar ialah apa yang berlaku dalam diri iaitu kepercayaan, ketakutan, hormat, kesedaran, empati dan sunyi.

4 - Hanya bergaduh ketika dah bertenang. Ketika masih ada perasaan marah fikiran logik tak berfungsi, sebaliknya fikiran emosi bermaharajalela. Itu yang mengarut ngarut je keluar dari mulut.

5 - Buat role play sama pasangan. Isteri jadi suami, suami jadi isteri. Daripada role play ni kita boleh belajar banyak perkara antaranya apa yang pasangan faham, bagaimana pasangan visualkan diri kita dan kita pun akan semakin faham cara pasangan berfikir.

Wallahu A'lam,

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,998 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen