Antara Lelaki & Perempuan Tidak Boleh Berduaan, Takut Ada Yang Ketiga. Tapi Macam Mana Kalau Dalam Grab Pula. Ikuti Penjelasan Pu Azman Ini.

 

Bila berdua, sudah tentu akan ada yang ketiga. Rasanya ramai yang tahu bahawa lelaki dan perempuan ini tidak boleh duduk berdua-duaan dalam keadaan yang sunyi dan mencurigakan. Hal ini kerana ia akan mendatangkan fitnah malah, boleh mendatangkan kejadian yang tidak baik.

Sebab itu, kalau nak keluar dating lebih baik kalau bawa mak ayah, adik beradik serta rakan-rakan untuk turut serta. Barulah dapat menghindari perbuatan yang tidak bermoral serta maksiat ini.



Namun begitu, pada masa ini macam-macam perkara boleh berlaku sebagai contoh, duduk berduaan di dalam kereta bersama pemadu grab atau teksi. Haa, kalau macam ini bagaimana pula kan.

Untuk perjelasan lanjut, jemput fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti daripada PU Azman hukum berkaitan perkara ini di lama instagramnya.

Asasnya, lelaki dan perempuan yang bukan mahrom dilarang berdua-duaan berdasarkan hadis. .

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ.

Maksud :"Tak boleh seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya".(Sohih Muslim).


Tapi, ada situsi yang membolehkan iaitu dalam keadaan darurat/terpaksa atau tiada pilihan lain yang bersangkutan dengan keselamatan dan nyawa.

Jadi, netizen boleh analogi sendirilah apa yang dimaksudkan dengan situasi darurat tu.

Berkenaan dengan kenderaan sewa seperti grab car pula, kalau pelanggan menolak grab yang pemandunya berbeza jantina, itu lebih baik.

Tapi kalau pelanggan terpaksa juga menaiki grab yang pemandunya berlainan jantina kerana sebab-sebab mendesak contohnya seperti mengejar masa, maka dibolehkan mereka berdua-duaan dengan syarat mereka berusaha sebaik mungkin menjarak jauhkan kedudukan seperti pelanggan memilih duduk di seat belakang.

Lagi jauh jarak, lagi bagus.

Kalau boleh duduk ateh bumbung kereta, buatlah. Kalau boleh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,004 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen