Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor, Jangan Nak Kecewa Sangat. Bila Kena Reject Itu, Buat 5 Perkara Ini.

 

Bila kena reject ini memanglah rasa kecewa, malu dan juga marah. Tapi nak buat macam mana, bab-bab hati ini mana boleh nak paksa-paksa. Bila orang dah tak nak sudah tentu ada sebab yang dirinya tak berkenan dengan kita. Atau boleh jadi mereka sahaja yang buta tak nampak betapa ikhlasnya diri kita ini.

Tapi itu tak boleh jadi penyabab kita nak berputus asa dalam mencari jodoh. Seseorang yang tepat ada sedang menunggu kita, cuma cepat atau lambat sahaja kita bertemu dengan dirinya.



Bila dah kena reject ini, jangan pula kita rasa merendah diri atau berputus asa tanpa sebab. Tetapi lebih baik kalau kita ini cuba untuk cari yang lebih baik dari sekarang ini. Sedih memang sedih, tapi kalau terus menerus layan perasaan kecewa itu pun tak jadi apa juga.

Jadi, bila dah kena reject kena buat apa?

1. Chill and relax.

Jangan terburu-buru nak marah atau melenting, cuba untuk bertenang dan tanya dia kenap dia reject anda. Cuba terima sebab dan keputusannya dengan tenang, jangan nak melenting sangatlah. Kumbang bukan seekor, bunga bukan bukan sekuntum.

Anda boleh pilih nak terus berusaha memikat hatinya atau cari je lain, haa semua dekat tangan anda.



2. Jangan paksa-paksa.

Bila orang dah tak nak, jangan pula kita nak paksa-paksa dirinya untuk terima kita pula. Kalau dia terima pun nanti sebab rasa kasihan bukannya sebab ikhlas nakkan kita. Anda nak ke rasa macam itu? Tentu sahaja tak nak bukan, jadi lebih baik jangan paksa-paksa dia.

Biasanya kalau anda makin paksa dirinya, makin tak senang dia dengan anda. Tahu-tahu nanti kena block je.

3. Jadi kawan.

Tak ramai yang boleh buat ini, yang betul-betul kental je bila kena reject masih lagi nak jadikan dia kawan. Kalau rasa nanti makin terluka baik tak payah, tapi kalau rasa macam ada harapan cubalah jadi kawan dirinya. Mana tahu keserasain sebagai kawan membuka pintu hatinya.



4. Move on.

Cara paling terbaik sebenarnya bila kena reject ini. Move on jelah, pasti akan ada yang lebih baik menanti anda. Ambil masa untuk pulih dari kelukaan ini, jangan terburu-buru nak cari lain sebab nak balas dendam pula. Slow-slow okay.

5. Cari je lain.

Kalau dia boleh reject kita, belum tentu yang lain akan reject kita juga. Apa kata cari yang lain je. Mana tahu yang akan datang ini lebih baik dari yang sekarang. Anda juga yang untung bukan?

Memang tak mudah, malah memang tak susah juga. Semuanya bergantung kepada diri anda juga, tapi orang kata kalau dah jodoh tak ke mana, kalau bukan jodoh anda kejarlah ke hujung dunia sekalipun belum tentu jadi milik anda lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 412,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen