Tak Bersedia Lagi Nak Kahwin, Tapi Saja Je Nak Cuba Nasib. Salah! Kalau Cari Jodoh Sebabkan 4 Pekara Ini.

 

Sudah menjadi fitrah manusia inginkan hidup berpasang-pasangan. Tiada satu insan pun yang mampu tinggal bersendirian di dunia ini tanpa seorang teman. Seorang lelaki memerlukan wanita untuk melengkapi. Kedua-duanya akan saling memerlukan antara satu sama lain.

Dalam pencarian kita mencari seseorang yang tepat ini, apa niat sebenar kita?

Adakah kita ini mencari pasangan sebab kita dah bersedia untuk berkahwin? Ataupun kita cari pasangan sekadar suka-suka je?



Jika kita berkahwin atas sebab ingin mendirikan rumahtangga, itu sudah tentu sangat dituntut, akan tetapi jika sebaliknya sudah tentu ia bukanlah perkara yang elok.



Jangan cari pasangan atas sebab 4 perkara ini;

1. Nak hilangkan bosan?

Apabila niat kita bukan untuk berkahwin malah hanya untuk menghilangkan bosan di hati, ini bukan satu perkara yang elok. Seseorang boleh sahaja meletakkan harapan kepada kita sedangkan kita ini tidak serius dengan hubungan yang dibina.

Apabila satu pengharapan terlalu tinggi boleh jadi, ia akan melukakan hatinya. Tak baik kalau kita melukakan hati seseorang tanpa sebab.

2. Nak balas dendam dekat bekas kekasih.

Perkara ini lagilah tidak elok. Yang berlalu biarkan berlalu, untuk apa dikenang lagi. Lebih baik mulakan hidup baru dengan orang yang baru. Boleh jadi kalau kita balas dendam, ia hanya akan melukakan hati kita sahaja, malah tak mustahil pasangan baru kita ini juga akan terluka.

Tak kesian ke?



3. Bukan niat nak kahwin pun.

Ini kes nak test market la ini. Apabila kita mendekati seseorang wanita atau lelaki, sudah tentu kita perlu meletakkan niat untuk berkahwin dengan dirinya. Kalau tidak ia bukan satu perkara yang elok malah boleh jadi ia akan jatuh fitnah pula.

Cari pasangan bila sudah bersedia nak pikul tanggungjawab bukannya sahaja nak test market.

4. Cemburu melihat orang lain.

Setiap orang memiliki kebahagiaan mereka yang tersendiri, buat apa kita nak cemburu dengan orang yang sudah bahagia dengan pasangan mereka. Lebih baik kita mencari kebahagiaan kita yang tersendiri. Hubungan yang terbina kerana perasaan cemburu akan orang lain ini tidak akan bahagia, malah ia mungkin tidak akan kekal selamanya.

Cari pasangan apabila kita sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga serta pikul tanggungjawab. Jangan sia-siakan masa yang ada malah jangan kecewakan hati orang yang berharap.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,998 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen