Kahwin Nanti Dah Plan Nak Anak Berapa Ramai, Seronok Kalau Ada Anak Ramai Tapi Jangan Bahayakan Nyawa Isteri Kita Pula.

 

Bila dah berkahwin, siapa sahaja yang tidak mahukan anak. Sudah tentu ia impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Nak-nak lagi kalau mereka ini dilahirkan dalam keluarga yang kecil. Di mana, tidak memiliki ramai adik beradik ataupun anak tunggal, lagilah keinginan untuk memiliki anak itu lebih tinggi.

Itu belum lagi dengan membuat perancangan berapa ramai anak yang mereka mahukan. Ada yang mahu seramai pasukan bola sepak, malah ada juga yang nak 12 orang anak.

Kalau sekali dengar je pun kita dah terkejut tapi, ada sahaja pasangan yang mempunyai keinginan seperti ini.

Nak anak ramai ini tiada masalah sebenarnya, tetapi jangan pula kita bahayakan nyawa insan yang banyak berkorban ini.

Nak miliki anak ramai, tak salah tapi rancang dengan sebaiknya seperti yang disyorkan oleh Public Health Malaysia.



Anda ingin anak ramai?

Tiada masalah.

Asalkan anda mengamalkan jarak mengandung atau "birth spacing".

Buat masa ini, WHO menyarankan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk kandungan seterusnya.

Ini adalah penting agar anda sebagai ibu pulih dan bersedia sepenuhnya untuk kandungan seterusnya.

Anda ada hak kepada diri dan kesihatan anda. Mengandung adalah satu risiko. Jangan tambah risiko lain yang boleh menyebabkan masalah yang lebih serius.

Hubungi doktor/misi di klinik di tempat anda. Tanyakan bagaimana anda boleh menjarakkan kandungan anda. Terdapat pelbagai cara untuk merancang keluarga anda. Bincang bersama husband anda. Suami yang baik, tidak akan membahayakan nyawa isterinya.



Info tambahan: Jarak kandungan selepas keguguran pula adalah 6 bulan - WHO

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen