Nak Kahwin Hujung Tahun Ini, Tapi Duit Masih Tak Cukup. Apa Kata Cuba Tips Ini Pula, Mana Tahu Membantu.

 

Bila kita tak sediakan simpanan awal-awal untuk duit kahwin, memang akan kalang kabut lah cerita dia nak cari duit sebagai hantaran. Yela, mana kita tahu jodoh kita nak tiba secepat ini tapi itu bukan bermakna kita tak payah simpan duit kahwin kita.

Dah buat banyak kerja sampaikan yang ada itu dua tiga kerja dalam sehari dia buat sebab nak cari duit kahwin. Bersungguh betul orang lelaki inikan kalau nak halalkan kekasih hati mereka ini.



Tapi apa-apa pun kalau dah dekat sangat dan duit masih tak cukup-cukup boleh ikut tips yang dikongsi oleh Amir Syahir ini. Sedikit sebanyak membantu juga mana yang kurang itu.



Jika kita tidak boleh tambah pendapatan, kita kena kurangkan perbelanjaan. Antaranya,

1. Jalan kaki sahaja jika tempat tersebut terlalu dekat.

2. Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya.

3. Jika makan diluar, pilih restoran biasa. Tak perlu ke restoran mahal.


4. Batalkan langganan siaran berbayar atau beli majalah artis.


5. Tutup lampu dan air jika tidak digunakan. Baiki paip air yang rosak.


6. Gosok baju untuk seminggu terus lagi jimat bil elektrik.


7. Minum air suam berbanding air manis. Kesihatan pun terjaga.


8. Beli secara tunai dan tak perlu berhutang yang tidak perlu.


9. Kurangkan wang dalam dompet bila jalan-jalan. Cukuplah RM200.


10. Tak perlu pergi pasar raya tanpa hala tuju. Baik membaca di rumah.


11. Berhenti beli majalah pasal artis. Kau je nak tahu cerita artis. Sedangkan artis kesayangan kau tak kisah pun kau ada duit ke tak.


12. Beli barang dapur untuk dua minggu sekali ataupun sebulan sekali. Tak perlu pergi pasar raya hari-hari.


13. Buat bajet dan patuhi bajet yang dibuat.


14. Tak perlu makan tempat mewah semata-mata nak up gambar dekat Insta.


15. Pakai pakaian berjenama kalau dompet nipis tak guna.


16. Lelaki bujang beli motor je dulu.


17. Bayar bil guna khidmat atas talian. Jimat masa, tenaga dan minyak.


18. Berhenti lawan dengan jiran sebelah. Jiran tukar sofa baru, kau nak tukar sama. Jiran beli TV besar kau menggelupur nak beli baru juga.


19. Bawa bekal ke pejabat. Buat potluck untuk lebih meriah.


20. Berhenti merokok dan hisap vape.

Apa tips korang untuk mengurangkan berbelanja? Boleh kongsi di ruangan komen untuk manfaat bersama. Kah!
[ASY]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,002 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen