Jangan Risau, Wanita Kini Boleh Tangguh Menopaus Selama 20 Tahun, Tapi Itu Pun Kalau Korang Ada Duit Yang Banyaklah.

 

Kenapa orang perempuan selalu nak kahwin awal? Buka sebabnya mereka ini gelojoh atau tak sabar nak kahwin, tetapi salah satunya adalah jangka haid mereka. Bila seorang wanita putus haid ia akan dipanggil menopaus.

Menopaus ini bergantung pada setiap individu. Ada pendapat menyatakan jika seseorang itu awal datang haid, maka jangka masa untuk menopaus ini juga akan awal, tapi apa-apa pun bergantung pada orang juga.

Kitaran haid dan menopaus merupakan proses biologi semulajadi bagi seorang wanita. Bukan semua wanita gembira dengan kehadiran menopaus ini, ianya satu tanda bahawa badan sudah mula lemah dan tua.



Ramai wanita takut untuk menghadapi saat menopaus, atas pelbagai faktor kesan sampingan yang akan dialami selain perubahan hormon dan tidak lagi subur.

Walaupun begitu, dengan kecanggihan yang ada pada zaman sekarang, teknologi perubatan dan kesuburan, wanita dikatakan boleh menangguhkan menopaus sehingga 20 tahun dengan adanya prosedur baharu yang membuat jam biologi mereka berasa lebih muda daripada usia sebenar.

Diilhamkan pakar kesuburan yang menerajui kaedah persenyawaan in vitro (IVF), prosedur pembedahan selama 30 minit itu dikatakan berupaya merubah kehidupan ribuan wanita yang mengalami kesan sampingan teruk akibat menopaus seperti osteoporosis dan masalah jantung.

Bekukan Tisu Ovari

Menerusi prosedur baharu itu, tisu ovari diambil dan dibekukan lalu disimpan dalam bank ais.Apabila seseorang wanita itu mencapai masa menopaus, tisu berkenaan dinyahsejuk-beku dan dimasukkan semula di bahagian ketiak, mencetuskan hormon semula jadi yang menangguhkan menopaus.

Dengan kos antara £3,000 (RM15,222) dan £7,000 (RM35,514) bagi mengeluarkan dan menyimpan tisu ovari dan tambahan £4,000 (RM20,294) bagi memasukkannya semula, prosedur terbabit buat waktu ini hanya boleh didapati menerusi syarikat swasta, ProFam (Protecting Family and Menopause) di Birmingham.

Ia dikendalikan oleh Profesor Simon Fishel, seorang peneraju prosedur IVF yang terlibat dalam kelahiran Natalie Brown, adik perempuan kepada bayi tabung uji pertama, Louise Brown.

9 Wanita Telah Jalani Prosedur

Menurut Sunday Times, sembilan wanita Britain berusia antara 22 dan 36 tahun telah menjalani prosedur tersebut yang ditawarkan kepada wanita Britain sehingga umur 40 tahun.

Dixie-Louise Dexter, seorang guru berusia 33 tahun yang telah menjalani prosedur berkenaan berkata, dia tidak lagi mengalami kesan sampingan menopaus seperti kesakitan, perubahan emosi dan kesukaran tidur pada waktu malam.

Jangan takut jika anda sudah mengalami menopaus, anggap sahaja badan anda ingin berehat. Ianya adalah perkara normal dan tidak usah dirisaukan.

Tak payahlah buat semua ini, cari je jodoh cepat-cepat dan kahwin. Selesai masalah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen