Bila Dah Sayang Akan Seseorang Itu, Memang Takut Nak Kehilangan. Tapi Kalau Sendiri Yang Sambil Lewa Tanpa Usaha, Mungkin Akan Kehilangannya.

 

Bila hati dah sayang, pasti ramai sanggup lakukan apa sahaja untuk mempertahankan hubungan yang ada. Walaupun hati itu kadang sudah terluka malah tak boleh nak bertahan lagi tapi disebabkan kenangan atau sudah bercinta bertahun-tahun membuatkan seseorang itu sanggup bertahan dan mempertahankan.

Nak kekal bersama pasangan ini mungkin kadang kala kita perlu berkorban dan makan hati sedikit, mana tidaknya kadang kala kalau kita lepaskan apa yang kita ada sekarang ini belum tentu yang baru itu akan sama. Itu yang menyebabkan ramai orang memilih untuk bertahan dalam satu hubungan.



Nak bertahan dalam hubungan sememangnya agak mencabar tapi kalau ada usaha sudah tentu ia akan nampak hasilnya. Nah, ini beberapa cara mempertahankan hubungan berdasarkan keadaan hubungan tersebut.



1. Bila hubungan hampir putus.

Putus atau berpisah ini biasanya jalan terakhir apabila hubungan yang dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi. Tapi ada beberapa cara nak pertahankan hubungan yang sudah di hujung tanduk ini.

• Menilai secara peribadi.

Cuba tengok balik, selama ini cukup ke perhatian yang diberikan, apa yang kita buat sehingga dirinya berpalang dari kita. Sebelum nak berpisah fikir dulu sedalam mungkin baik buruk pasangan, diri sendiri serta hubungan tersebut. Ini kerana, kadang kala kita buat keputusan mengikut emosi.

• Lihat semula tujuan bersama.

Kadang perbezaan ini yang membuatkan kita ingin tinggalkan pasangan. Tapi kadang kala perbezaan itu yang membuat kita dan pasangan saling melengkapi. Haa, cuba fikirkan balik kedua perkara ini, adakah dia melengkapi atau hanya membantah sahaja.

• Perasaan sendiri.

Rasa-rasa sayang itu ada lagi atau sudah pudar? Agak-agak kalau berpisah boleh ke kita move on dengan cepat atau kita akan mengenang segala kenangan yang ada. Kalau susah move on baik pertahankan hubungan itu.

2. Kekalkan hubungan jarak jauh.



Sudah tentu hubungan jarak jauh ini hanya akan berjaya buat mereka-mereka yang kuat sahaja, malah mereka yang berkomitmen tinggi je yang mampu nak harungi perkara ini, tapi mungkin tips ini membantu anda.

• Tingkat komunikasi.

Apa yang penting dalam hubungan seperti ini adalah komunikasi antara dua pihak. Jangan sesekali abaikan komunikasi walaupun satu komunikasi yang ringkas. Gunakan kepelbagaian agar masing-masing tahu bahawa dirinya mempunyai pasangan.

• Buat kejutan.

Hubungan jarak jauh ini sememangnya memerlukan banyak kejutan. Semakin banyak kejutan, makin tinggilah peluang nak bahagia dalam hubungan ini. Tak payah susah-susah pun, kalau tag pasangan dekat gambar pun rasanya pasangan dah rasa bahagia.

Namun begitu, kalau rasa tak mampu nak bertahan, ada baiknya kalau fikirkan diri sendiri dahulu. Siapa tahu yang datang itu akan lebih baik dari yang ada sekarang ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen