Saat Isteri Mengandung Adalah Momen Yang Indah, Suami-Suami Wajib Lakukan 9 Perkara Ini.

 

Bagi seorang wanita, saat mengandung adalah satu momen yang indah. Malah ia menjadi lebih indah apabila suaminya bijak untuk mengawal setiap keadaan, emosi dan perasaannya apabila sedang mengandung. Tidak hanya itu sahaja, momen indah ini menjadi lebih menarik sekiranya suaminya memahami dirinya dengan baik.

Seperti yang kita tahu, apabila seorang wanita itu hamil, maka dirinya akan lebih sensitif malah ingin selalu mendapat perhatian daripada suaminya. Mana tidaknya, bukan mudah nak bawa badan ketika sedang sarat mengandung ini. Sebab itu dia perlukan sokongan dan bantuan seorang suami kerana diri mereka yang tidak stabil dari segi fizikal dan emosi.



Walaupun mungkin akan menguji suami-suami, tetapi ini perkara yang suami perlu lakukan apabila isteri sedang hamil anak kalian.

Tips 1: Luangkan masa bersama isteri

Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini, isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Tips 2: Membantu pemakanan isteri

Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.



Tips 3: Perlahan

Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

Tips 4: Jangan bertanya, terus lakukan

Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.



Tips 5: Belajar

Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

Tips 6: Bantu siapkan hidangan makanan

Sekiranya sebelum ini, segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugas yang sama.

Tips 7: Bantu jaga anak yang lain

Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Tips 8: Bawa isteri ke mana sahaja

Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana saja mereka mahu pergi.

Tips 9: Pinjamkan tangan pada isteri

Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. Maksud pinjamkan tangan di sini, ringan-ringankan tangan untuk membantu isteri ketika dalam apa keadaan sekalipun. Percayalah, isteri anda pasti rasa dihargai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,001 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen