Walaupun Rasanya Pahit, Manjakani Sememangnya Kaya Dengan Pelbagai Khasiat Sesuai Buat Wanita Yang Menjaga Kecantikan.

 

Rasanya manjakani ini memang terkenal dikalangan masyarakat kita, nak-nak lagi orang yang telah berumah tangga. Dikenali sebagai herba tradisional, manjakani ini memang berkhasiat buat kaum wanita.

Sekarang ini macam-macam produk yang kita lihat diperbuat daripada bahan ini, tapi lebih elok kalau kita amalkan yang dari bahan semulajadinya.

Manjakani sangat sinonim bagi wanita terutama bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ini kerana, khasiatnya sangat hebat untuk kesihatan wanita seperti membentuk tubuh yang ramping, mengetatkan vagina dan mengelakkan keputihan.



Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa manjakani ini sesuai juga buat wanita yang belum berkahwin tapi ingin menjaga dalamnya.

Ini antara khasiat manjakani jika diamalkan dengan cara yang betul.

1. Merawat alat sulit wanita

Buah majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan organ intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot vagina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan’ dan menjadikan lubang vagina lebih anjal.

2. Buah majakani digunakan sebagai ubat perancang kehamilan

Buah majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.

3. Membersihkan bakteria

Buah majakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah majakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks

4. Buah manjakani memberi kenikmatan dalam hubungan suami isteri

Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan organ intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan suami isteri.



5. Awet Muda – Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.

6. Mencegah Kencing Manis – Asid galik di dalam buah ini dapat mencegah kencing manis dan lelah.

7. Mencegah kanser payudara dan rahim – Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah dada dan kanser rahim.

8. Mencegah bau yang tidak diingini – Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.

9. Merawat otot-otot di dalam miss V – Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam Miss V dan menyebabkan ia menjadi sempit.

10. Mengurangkan lendir pada Miss V – Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada miss v yang menyebabkan bau tidak enak.

11. Membersihkan lendir haid dan nifas – Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

12. Mengetatkan otot – Astringen juga mengetatkan semula otot- otot di dalam Miss V terutamanya selepas bersalin.



13. Menegangkan dan mencantikan kulit – Astringen dalam buah manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

14. Mata yang sihat – Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas

15. Merawat payudara – Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payudara yang kendur.

16. Gigi dan tulang – Kalsium dalam buah manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

17. Mulut – Astringen dalam buah manjakani dapat menjaga kebersihan mulut.

18. Kulit kering dan berminyak – Astringen juga dapat merawat kulit kering dan berminyak.

19. Melancarkan pembuangan air besar – Disebabkan buah manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein mampu meningkatkan kesihatan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,006 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen